Rupa Seperti Artis K-Pop, Sebenarnya Bekas Peserta Astro Star Quest 2014

Kalau dilihat sekilas pandang gambarnya , pasti ramai menyangkakan ini adalah foto bintang K-Pop.

Yelah dengan muka yang jambu habis ditambah dengan gaya pakaian yang ala-ala K-Fashion , pasti ramai yang tertipu dan menyangka pemuda dalam gambar ini berasal dari sana.

Sebenarnya pemuda ini adalah bekas Juara Astro Star Quest 2014 , Uriah See Khai.

Selepas lima tahun terbabit dalam industri, penyanyi ini maju beberapa langkah ke hadapan dengan mengembangkan sayapnya bukan saja dalam bidang nyanyian, malah lakonan dan juga penciptaan lagu.

Uriah kini bernaung di bawah pengurusan Idea Music Entertainment dan menariknya , dia akan menjadi peserta pertama dari Malaysia yang menyertai pertandingan realiti popular di China iaitu Opera Super Vocal yang baru masuk ke musim ke-2.

Dia yang memang meminati muzik klasikal begitu teruja kerana diberi peluang menyertai program berkenaan sehinggakan sanggup membuat keputusan untuk menunda jadual rakaman album terbarunya yang kebetulan serentak dengan penggambaran program berkenaan.

Foto IG : UriahSK

“Muzik klasikal adalah sesuatu yang amat saya minati dan saya ingin mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, saya rasa amat terharu dan teruja. 

“Tetapi dalam kegembiraan itu ada kesedihannya apabila saya mendapat tahu penggambaran program TV itu bercanggah dengan jadual rakaman album terbaru saya.

“Terus terang saya berada di dalam dilema. Saya tahu bukan senang nak dapat peluang ini, dan saya memilih untuk meneruskan cabaran di Opera Super Vocal,” katanya yang menunda tarikh rakaman albumnya.

Dipetik dari Gempak, Uriah berkata dia nekad mengambil keputusan tersebut kerana dia pasti peluang hanya datang sekali.

Selain menyertai program berkenaan, Uriah juga difahamkan telah dilamar sebagai pelakon drama bersiri popular di Singapura, Fried Rice Pradise.

“Saya sudah mencuba sedaya upaya untuk memberikan lakonan yang terbaik dalam mendalami watak Hennesy, saya berharap lakonan saya dapat memuaskan hati semua orang”

Uriah turut berjanji dia akan mengembangkan bakat seninya sehingga ke peringkat antarabangsa sekaligus mengharumkan nama negara.

Oklah untuk penutup apa kata dengar Uriah Cover lagu Sufian Suhaimi, Di  Matamu. Caya gais!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

3 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago