Baru Sahaja Menang Oscar, Pengeluar ‘Parasite’ Bakal Disaman Penerbit Filem Tamil Atas Dakwaan Ciplak Karya

Filem Parasite, sebuah filem dari Korea Selatan baru-baru ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem pertama bukan berbahasa Inggeris yang berjaya merangkul Anugerah Filem Terbaik di Anugerah Oscar Ke-92.

Tidak cukup setakat itu Parasite turut membolot beberapa lagi kategori yang dipertandingkan iaitu Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik.

Kemenangan filem arahan Bong Joon Ho ini benar-benar mengejutkan ramai pihak memandangkan sebelum ini tiada filem luar yang mengggunakan bahasa selain bahasa inggeris yang berjaya memenangi anugerah berprestij tersebut

Namun dalam kegembiraan mereka menyambut kemenangan tersebut, muncul satu berita kurang menarik mengenai Parasite apabila seorang penerbit filem Tamil, PL Thenappan mengumumkan akan menyaman penerbit filem Parasite atas dakwaan plagiarisme.

Memetik dari Awani yang memetik Times Of India, Thenappan mendakwa, Parasite merupakan versi rip-off filem Tamil berjudul Minsara Kanna, sebuah filem lakonan lakonan bintang Tamil popular, Vijay.

“Saya akan memfailkan kes dengan bantuan seorang peguam antarabangsa. Mereka telah mengambil plot filem saya,” kata Thenappan.

Ekoran kemenangan filem Korea itu di Oscar , peminat Vijay mula membanjiri akaun media sosialnya dan mendakwa terdapat beberapa persamaan filem Parasite dengan filem lakonan bintang kesayangan mereka.

Minsara Kanna, berkisar mengenai Kaasi (lakonan Vijay) yang memasuki rumah seorang wanita kaya sebagai pemandu dan membawa ahli keluarganya, seorang demi seorang untuk bekerja di rumah tersebut dengan membawa agenda tersembunyi.

Dalam pada itu S Ravikumar, pengarah Minsara Kanna, S. menyifatkan isu itu satu kebanggaan baginya apabila kontroversi itu membawa perhatian terhadap filemnya dan dia langsung tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan.

“Saya gembira kerana filem itu menerima anugerah Oscar, walaupun ia (Minsara Kanna) hanya sebagai inspirasi.

“Tetapi untuk menyaman, itu terserah kepada penerbit,” kata Ravikumar, seperti yang dipetik portal The News Minute.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

5 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

5 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

7 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago