Covid-19 : China ‘Kuarantin’ dan Asing Wang Kertas

Walaupun kadar sembuh bagi wabak koronavirus atau nama barunya Covid-19 sudah meningkat , namun jumlah kematiannya juga semakin meningkat. Jika sebelum ini angka korban sudah melepasi angka korban SARS pada tahun 2002/2003 ,terbaru angka korban dikatakan sudah meningkat kepada 1,665 orang.

Dalam usaha menangani wabak ini, pihak berkuasa China kini mengambil satu lagi pendekatan baru iaitu dengan membasmi dan mengasingkan wang kertas yang sudah digunakan.

Memetik Awani yang memetik Agensi, Bank Negara China dalam satu kenyataannya berkata, institusi kewangan itu kini menggunakan cahaya ultraungu atau suhu tinggi dalam usaha mereka untuk membunuh dan membasmi kuman yang mungkin terdapat pada wang kertas.

Mereka kemudiaan akan bertindak mengasingkan dan menyimpan wang tunai itu selama tujuh hingga 14 hari.

Bagaimanapun, menurut mereka lagi, tempoh pengasingan sebelum semua wang yang ‘dikuarantin; itu aakan digunakan semula bergantung kepada tahap keseriusan wabak di wilayah terbabit.

Timbalan Gabenor Bank Negara China, Fan Yifei berkata, turut menggesa institusi perbankan untuk menyediakan wang kertas baharu kepada pelanggan.

Sebelum perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, bank pusat China melakukan pengeluaran kecemasan wang kertas baharu sebanyak empat bilion Yuan (RM2.3 bilion) ke wilayah Hubei yang juga pusat wabak itu.

Seorang lelaki bertopeng berjalan di hadapan Bank Of China Foto: The Guardian UK

“Langkah ini bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai apabila menggunakan wang tunai,” katanya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COV-19 boleh disebarkan melalui objek tercemar selain titisan dan kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti.

Sejak dikesan di bandar Wuhan pada Disember lalu, Covid-19 mencatatkan 1,527 kematian dan 67,169 kes yang disahkan di dalam dan luar China

Sumber foto utama: Thestar MY


Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

24 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

24 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

24 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago