“Pelawak-Pelawak Sampah!” – Azwan Ali Maki Ahli Sepahtu Sebab Tak Datang Mamat Nikah?

Rasanya umum tahu yang pelawak Mamat Sepah baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya Diana, seorang anggota polis dari IPD Shah Alam pada hujung minggu lalu di kediamannya di Kulai Johor .

Mamat yang sebelum ini pernah popular bersama Jep dan Shuib Sepahtu sah bergelar suami kepada Diana hanya  dengan sekali lafaz.

Baca artikel berkaitan : “Besarnya Amanah”.. Mamat Sepah akhiri zaman solo

Namun di sebalik hari bahagia pelawak itu, timbul satu cerita yang kurang memyenangkan apabila seorang pengacara kontroversi meluahkan rasa tidak puashatinya apabila bekas rakan sekumpulan mamat, iaitu Jep dan Shuib tidak kelihatan di sana

Ini merujuk kepada satu posting yang dimuat naik oleh pengacara berkenaan iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA

Foto via Twitter @DivaAATersohor

Diva AA dilihat bengang dengan mereka yang pernah sama-sama Mamat naik dan dan mula dikenali dalam industri hiburan apabila tidak memunculkan diri di majlis pernikahan tersebut.

Dengan menggelarkan ‘individu-individu’ berkenaan sebagai ‘pelawak sampah’, Diva AA juga turut menyifatkan ia sebagai ‘kawan makan kawan’.

Terdahahulu, Azwan Ali itu dilihat hadir pada majlis pernikahan Mamat yang berlangsung semalam dengan memuat naiknya di laman Twitter.

Dalam pada itu Shuib yang tidak mengetahui apa-apa dilihat memuat naik satu posting di Instagram mengucapkan tahniah di atas pernikahan sahabatnya dan turut dilihat menjelaskan punca dia tidak hadir ke majlis berkenaan ; kerana terlibat dengan sesi rakaman Sepahtu Reunion Al Puasa pada hari yang sama.

Disamping menitipkan doa buat Mamat, Shuib juga meluahkan rasa gembira kerana kesemua ahli kumpulan Sepah akhirnya sudah pun berumahtangga.

Ekoran dari Tweet yang dimuat naik Azwan itu, beberapa pengguna tampil menjelaskan perkara sebenar dengan mengatakan yang kedua mereka tidak dapat hadir kerana ada urusan lain membabitkan kumpulan mereka.


Recent Posts

  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

1 hour ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

18 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

19 hours ago