Semakin Panas! Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan & Emelda Rosmila Bayar Ganti Rugi RM4 Juta

Nampaknya ‘perang saudara’ membabitkan Zarina Anjoulie dan dua lagi pelakon senior iaitu Amyza Aznan dan Emelda Rosmila dilihat semakin panas.

Perang yang pada mulanya membabitkan netizen dan golongan selebriti kemudian bertukar menjadi perang sesama selebriti dilihat sudah naik ke satu lagi ‘tahap’ apabila Zarina Anjoulie yang lebih dikenali sebagai Anju difahamkan telah menuntut pampasan sebanyak RM4 juta berserta permohonan maaf daripada Amyza dan Emelda

Dia mendakwa kedua mereka telah memuat naik kenyataan di aplikasi perbualan Instagram dan Telegram dengan niat untuk menjatuhkan reputasinya .

Perkara itu didedahkan sendiri oleh peguam Anju, Nurul Hafidzah Hassan yang sudahpun menghantar surat tuntutat tersebut kepada kedua mereka secara berasingan

“Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen-komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

Foto : Via mStar

“Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rose. Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya.

“Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka dan seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya,” dedahnya.

Dakwa peguam itu lagi, hantaran Amyza dan Emelda adalah berniat jahat dan mencemarkan reputasi anak guamnya menyebabkan dia kini mengalami trauma disebabkan insiden tersebut.

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami. Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan fitnah mengenai anak guam.

“Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini. Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya

“Banyak komen dikeluarkan oleh mereka berdua yang memalukan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan memalukan badan (body shaming),” katanya.

Difahamkan pihak Anju memberi masa tujuh hari untuk Emelda dan Amyza dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak menerima sebarang respons dari mereka.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

38 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

58 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago