Laudya Cynthia Bella Akui Dia & Engku Emran Sudah Bercerai

Akhirnya teka-teki mengenai hubungan pelakon Laudya Chynthia Bella & Engku Emran terjawab apabila Laudya mengesahkan yang mereka sudah bercerai.

Menurut Laudya, keputusna untuk memutuskan hubungan itu dibuat bersama dan dilakukan dengan cara yang baik.

“Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.

“Sudah pelbagai usaha kami lakukan yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT. Rumah tangga kami hanya sampai di sini. Segala proses kami juga lalui dan saat ini semuanya sudah selesai.

“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya peroleh. Insya-Allah semua itu saya jadikan bekalan, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,” katanya dalam program Insert Pagi.

Dalam masa sama Laudya berharap apa yang dikongsikannya dapat menjawab segala tanya di kalangan orang ramai.

Dia turut meminta sokongan orang ramai dan berdoa agar dia dapat terus kuat menjalani kehidupan sehariannya.

“Saya mohon maaf kalau ada kata-kata atau sikap saya yang kurang menyenangkan. Saya perlukan sokongan dari teman-teman semua dan mohon doakan saya,” katanya.

Laudya dan Engku Emran sebelum ini melangsungkan pernikahan mereka di Kuala Lumpur pada 8 September 2017. Sejurus bernikah, pelakon terkenal dari Indonesia ini berkeputusan untuk menetap di Malaysia bersama suaminya.

Namun disekitar Februari lalu kecoh media sosial apabila pelakon ini dilihat membuang foto-fotonya bersama suaminya di Instagram termasuk foto pernikahan mereka.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

2 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

4 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

4 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago