“Saya Akan Pertahan Hak Saya” – Didakwa Melanggar Kontrak Sebagai Duta, Ini Jawapan Nelydia Senrose

Jika sebelum ini pelakon Nur Fazura terpaksa naik turun mahkamah selama tiga tahun sebelum disahkan tidak bersalah oleh mahkamah atas dakwaan melanggar perjanjian sebagai duta, kini perkara sama pula menimpa seorang lagi pelakon, Nelydia Senrose.

Nelydia difahamkan berdepan tuntutan oleh Chriszen Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat produk kosmetik tempatan sebanyak RM 160,000 sebagai ganti rugi.

Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pihaknya sebelum ini sudah membayar 70% dari jumlah keseluruhan iaitu RM102,000 kepada aktres tersebut selaku duta namun sebaik dilantik sebagai duta produk pada 2018, Nely hanya terbabit dengan satu sesi fotografi produk sahaja.

“Sebaik dia bersetuju dengan kontrak syarikat kami sebagai duta, saya sudah membayarnya sebanyak RM102,000 iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh.

“Bagaimanapun, dia gagal melaksanakan tanggungjawab apabila tidak melakukan aktiviti promosi dan publisiti seperti yang termaktub dalam kontrak.

“Antaranya membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial, menghadiri dua kali promosi di televisyen dan datang ke majlis pelancaran produk kami pada 25 April tahun lalu,” katanya.

Nelydia akhirnya buka mulut

Terbaru Nelydia yang pada mulanya memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut akhirnya membuka mulut.

Menerusi Instagram , Nely menjelaskan dia kecewa dengan tindakan Chriszen dalam membuat tuntutan sensasi kepada pihak media sedangkan kes tersebut masih lagi berlansung

Malah dia turut menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut dan difahamkan sedang menentang tuntutan ini di dalam mahkamah undang-undang.

Kecewa dengan tindakan Chriszen

“Saya kecewa dengan tindakan Chriszen dalam membuat tuntutan sensasi kepada pihak media berkenaan dengan satu tuntutan kes yang masih berlangsung, sebelum pihak mahkamah dapat mendengar secara penuh dan menentukannya.

“Sebagai rekod, saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan Chriszen.

Sedang cabar tuntutan ini di mahkamah

“Saya sedang menentang tuntutan ini di dalam mahkamah undang-undang, yang mana merupakan forum betul untuk menentukan pertikaian ini.

Saya akan mempertahankan hak saya untuk membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diatas komen-komen yang tidak berasas ini.

Nelydia Senros

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago