Baru-baru ini dikejutkan mengenai usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman yang memuat naik beberapa gambar dan video yang menimbulkan tanda tanya kepada warganet di sosial medianya.
Menerusi perkongsian Sajat di laman Instagram, dia yang mengenakan gaun putih ala pengantin itu menimbulkan banyak tanda tanya kepada orang ramai dan juga ‘caption’ yang menyebabkan orang ramai membuat spekulasi terhadapnya.
“Nantikan berita gembira dari saya nanti.
“Amin… terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, syukur alhamdulilah.
“Terima kasih kerana menjadi sebab untuk saya tersenyum,” tulisnya.
Hal ini, menyebabkan timbulnya spekulasi yang dibuat oleh warganet sendiri yang beranggapan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan ada juga yang mengatakan ianya gimik semata-mata sebagai marketing Sajat untuk mengeluarkan produk baru keluaran syarikatnya sendiri.
Pada masa yang sama, warganet juga mengetahui akan hubungan Sajat dengan seorang jejaka yang berasal dari Lubnan yang dikenali sebagai Jadoos.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…