BPN 2.0 : Keluarga B40 Dapat RM 1000, Bujang Dapat 500 Manakala Bujang M40 Terima RM 300 & RM 600 Untuk Keluarga M40

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada rakyat .

Perkara itu diumumkan sewaktu perutusan khas ‘Kita Prihatin’ yang bersiaran secara langsung pada petang Rabu

Bantuan bagi golongan B40 dan M40

Untuk golongan bujang B40, mereka akan diberikan RM500 manakala golongan keluarga B40 akan menerima RM1,000 secara beransur dengan bayaran pertama RM700 pada Oktober 2020 diikuti bayaran kedua RM300 pada Januari 2021.

Bagi golongan bujang M40 pula mereka akan menerima RM300 dan RM 600 untuk isi rumah M40.

“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir 7 bilion ringgit.

“RM 600 akan disalurkan kepada hampir 1.4 juta penerima isi rumah M40 dan RM 300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang,” katanya.

Tidak perlu memohon untuk mendapat BPN2.0

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.”

Tambah PM, mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan membuka peluang untuk permohonan baru dan rayuan untuk mereka

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” tambahnya.

Beliau dalam masa sama turut berharap agar rakyat Malaysia akan terus mnjaga SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan pendemik ini semula.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

46 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

54 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago