“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Majlis perkahwinan merupakan antara majlis yang sering dinantikan oleh orang ramai.

Bukan sahaja ingin melihat pasangan bahagia mengikat janji untuk hidup bersama malah ketika ini juga mereka dapat menyaksikan kemeriahan majlis yang diadakan untuk merai pengantin.

Selain itu, ada juga segelintir majlis yang turut melakukan pelbagai aktiviti untuk menghiburkan para tetamu seperti karaoke. Maka para tetamu yang berminat boleh menyumbang suara sebagai hiburan.

Warga emas tak lepaskan peluang, nyanyi lagu kumpulan Scorpions

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang warga emas ini, apabila dia juga tidak melepaskan peluang untuk menghiburkan tetamu dengan mendendangkan sebuah lagu di majlis perkahwinan kaum Kunak yang dipercayai berlangsung di Sabah.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, lagu yang didendangkan oleh mak cik ini bukanlah lagu biasa-biasa tetapi lagu dari kumpulan rock, Scorpions yang terkenal di Amerika Syarikat bertajuk Still Loving You.

Umum mengetahui lagu yang dibawa oleh kumpulan Scorpions ini bukanlah mudah untuk dibawa memandangkan ia mempunyai note yang sangat tinggi dan hanya boleh dibawa oleh segelintir individu.

Ada suara yang serak basah nyanyi lagu Still Loving You

Apa yang lebih mengejutkan mak cik tersebut juga mempunyai suara yang serak atau ‘husky’ dan sangat sesuai apabila membawa lagu tersebut.

Malah apabila sampai di bahagian korus dia juga dilihat dengan tenang ‘menarik’ lagu tersebut. Meskipun berpakaian muslimah namun ia tidak menghalang warga emas ini untuk menyanyikan lagu rock.

@asambergaram333

Makcik siapa ini..??Makcik Jipun bikin gegar rumah kenduri Kaum Bajau Kunak Sabab..Still Loving You

♬ موسيقى هدوء – 3Tbfm

Ramai terhibur dengar nyanyian mak cik

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan persembahan mak cik tersebut malah ada yang berpendapat dia mungkin peminat kumpulan rock berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan mak cik tersebut mempunyai nilai ‘X Factor’ yang membuatkan ramai terpegun dengan suaranya.

“Mesti mak cik ni peminat tegar scorpions. Macam saya juga bezanya suara saya ke laut”

“Makcik ni mesti kaki karaoke ni”

“Saya pun tak lepas makcik nyanyi lagu ni kenapa mak cik lepas?”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

41 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

3 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

4 hours ago