Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Sejak beberapa minggu lalu, industri seni tanah air digemparkan dengan pelbagai kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz selepas seorang wanita, Sarah Yasmine mendedahkan pelbagai perbualan WhatsApp yang diambil dari telefon aktor berkenaan.

Malah pendedahan yang dilakukan oleh wanita yang dipercayai kekasih Aliff itu turut membabitkan beberapa selebriti tanah air seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice sebelum diikuti beberapa nama antaranya Meerqeen dan Anna Jobling.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai namun ada yang berpendapat siri pendedahan itu agak keterlaluan kerana boleh menimbulkan suasana tegang dalam industri hiburan.

Baca artikel berkaitan: Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]

Baca artikel berkaitan: Caprice Dakwa Disabotaj Selepas Dituduh Bersubahat Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Baca artikel berkaitan: Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Mahu Berjumpa Untuk Jernihkan Keadaan

Seniman minta selebriti terpalit kes Aliff Aziz buat laporan pihak berkuasa

Sedar mengenai perkara itu, pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil menasihatkan selebriti yang terbabit dengan perkara itu untuk membuat laporan pihak berkuasa.

Sebelum ini Presiden Seniman, Zed Zaidi turut menyelar Sarah Yasmine dengan menyifatkan dia sebagai ‘perosak’.

Sementara itu Setiausaha Agung Seniman, Mohd. Hafiz Mohd. Nafiah yang mewakili persatuannya menjelaskan pihak yang terlibat dengan perkara tersebut hendaklah tampil membuat aduan agar isu terbabit tidak mencemarkan nama baik industri hiburan tanah air.

“Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

“Seniman juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polemikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu dalam media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Gesa untuk selesaikan isu peribadi secara tertutup dan hentikan tindakan yang boleh keruhkan keadaan

Enggan keadaan menjadi lebih kucar-kacir, Hafiz meminta Sarah untuk menyelesaikan isu yang disifatkan sebagai peribadi secara tertutup.

Perkara ini untuk mengelak daripada membuka aib mana-mana pihak serta menghormati kes khalwat yang membabitkan aktor tersebut dengan pelakon wanita, Ruhainies yang kini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

“Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kami juga berharap isu rumah tangga Aliff dan Bella biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan mencampuri urusan mereka.”

Erma Fatima juga minta selebriti terlibat buat laporan polis & SKMM

Selain Seniman, Penerbit dan Pengarah terkenal, Erma Fatima turut meminta individu yang terpalit dan dimalukan di media sosial untuk tampil membuat laporan polis serta aduan kepada SKMM.

Dia juga meluahkan kekecewaannya dengan sikap wanita berkenaan kerana telah membuka aib segelintir selebriti dan meminta Sarah untuk berhenti dari menghancurkan industri seni di negara ini.

“Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku.

“Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

“Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

“Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” ujarnya, lapor Harian Metro.

@xtra_my

Min setuju apa yang disampaikan oleh Erma Fatima fyp xtra #ermafatima sarahyasmine aliffaziz #sembangentertainment #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Orang ramai berhenti beri perhatian, gesa Aliff selesaikan isu yang melanda

Dia juga meminta orang ramai khususnya masyarakat di negara ini untuk berhenti dari memberikan perhatian kepada Sarah dan menggesa Aliff menyelesaikan kemelut itu di luar negara ini.

“Berhenti angkat dia dan raikan kenduri orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia (AlBakrabah), jangan datang.

“Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula.

“Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus.”

@xtra_my

Pendapat korang pulak macam mana? fyp xtra ermafatima mcmc sarahyasmine aliffaziz #sembangentertainment beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA
@xtra_my

Kalau sejak awal lagi Aliff Aziz berani tampil beri kenyataan mesti benda ni tak kan jadi lebih besarkan? Apa pendapat korang? fyp xtra aliffaziz ermafatima sarahyasmine keluar #sembangentertainment beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

7 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

8 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

8 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

8 hours ago