“Kasih & Sayang Akan Sentiasa Menang” – Kongsi Video Santai Bersama Diva AA, Naim Daniel Raih Pujian

Jika anda ingat di sekitar Februariu lalu, Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA pernah mengeluarkan pendapatnya yang dilihat agar kurang enak susulan kemenangan Naim Daniel selaku Juara AJL ke-34 di laman twitternya

Dek kerana kenyataan tersebut, laman media sosial menjadi hangat sehingga mencetuskan perbalahan di antara peminat-peminat Naim Daniel dan Diva AA.

Tidak cepat melatah dengan posting itu, Naim Daniel kemudiannya tampil di laman Instagramnya dan menjawab kenyatan Diva AA dengan kata-kata yang positif dan merendah diri.

Perkara sama kemudiannya turut dilakukan Diva AA yang tampil memberi penjelasan terhadap pendapat yang dikongsikanya sebelum itu terhadap.

Baca artikel berkaitan : Netizen puji Naim Daniel Matang Walaupun Diperlekeh Azwan Ali

Kini selepas hampir 7 bulan, kedua mereka dilihat tampil dalam satu video yang dimuat naik Naim di Laman Instagramnya.

Menerusi video sama dia turut berkongsi keratan lama berkaitan isu yang pernah terpalit membabitkan mereka berdua.

Yang menariknya didalam video tersebut jelas dilihat kemesraan di antara mereka jauh berbanding apa yang pernah berlaku pada Februari lalu.

Gurauan mereka berdua juga dilihat tidak dibuat-buat dimana Diva AA turut dilihat mempromosikan lagu terbaru Naim , ‘Purnama’ yang dijangka keluar tidak lama lagi

Malah Diva AA turut menyanyikan beberapa rangkap lagu tersebut bersama penyanyi muda tersebut

Kapsyen ringkas yang ditulis oleh Naim Daniel pada video tersebut iaitu “kasih dan sayang akan sentiasa menang,” menarik perhatian netizen di mana rata-rata mereka memuji keakraban di antara dua selebriti tersebut selepas apa yang telah berlaku di antara mereka sebelum ini.

Malah ramai memuji Naim dengan menyifatkan dia sebagai salah seorang selebriti yang sentiasa dilihat positif walau berdepan apa sahaja situasi.

“Sentiasa kekalkan aura yang positif”

“Alhamdulillah suka tengok”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago