Portal Korea Buat Liputan Tentang YDP Agong Pilih BTS atau Blackpink

Jika anda ingat pada tahun lalu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah menjadi topik hangat netizen selepas baginda diajukan soalan tentang dua kumpulan K-pop iaitu Blackpink dan BTS.

Menerusi temubual bersama dua Editor Astro Awani, iaitu Ashwad Ismail dan Cynthia Ng yang berpeluang bertanyakan beberapa soalan viral kemudiannya meminta Al-Sultan Abdullah untuk memilih diantara BTS ataupun Blackpink?

Baginda kemudiannya dilihat berfikir sejenak sebelum memilih BTS berbanding Blackpink. Topik tersebut kemudian menjadi topik hangat di media sosial terutama di kalangan peminat industri K-Pop.

Namun siapa sangka selepas setahun, temu bual tersebut rupanya turut menarik perhatian media dari Korea Selatan.

KoreaBoo yang merupakan salah satu portal Korea Selatan yang popular dan sering menjadi rujukan dunia barat disebabkan penggunaan bahasa inggeris sebagai medium komunikasinya turut tertarik dengan topik tersebut.

Mereka kemudian membuat liputan mengenai cerita berkenaan dengan menggunakan tajuk  ‘The King Of Malaysia Was Asked To Choose BTS Or BLACKPINK, Here’s His Pick’ pada 14 Disember lalu.

Jelas menerusi artikel tersebut mereka juga terhibur dengan temubual santai tersebut dan cara Baginda menjawab dan memilih BTS.

Jelas mereka keputusan Sultan Abdullah memilih BTS juga seakan sama seperti Raja Norway, King Harald V yang pernah bertanyakan soalan kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in bilakah BTS akan datang ke negara mereka sebagai mewakili BTS Army dari Norway.

Artikel kemudan turut dikongsikan di laman Facebook mereka dan nyata menarik perhatian ramai antaranya netizen dari Malaysia.

Ramai juga dari kalangan netizen luar yang dilihat bersetuju dengan pilihan Sultan Abdullah. Tidak kurang yang memberi pandangan dan menyatakan apa sahaja pilihan baginda, kedua-dua kumpulan memang bukan calang-calang.

Posting tersebut setakat ini sudah mendapat 5000 reaksi dengan majoritinya adalah tanda suka dan tanda ‘hati’.

Namun apa pun yang paling menarik pada kami adalah liputan itu sendiri oleh media korea! Terbaiklah! Daulat Tuanku!

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

5 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

7 hours ago