JAIS Sahkan Sajat Sudah Didakwa Kerana Berpakaian Seperti Wanita

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak petang tadi, nama usahawan kosmetik, Sajat hangat di media sosial selepas ada perkhabaran yang menyatakan dia sedang berhadapan dakwaan di mahkamah.

Terbaru Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sudah pun dihadapkan ke mahkamah sekitar awal bulan ini atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, Muhammad Sajjad telah dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 6 Januari lalu.

Didakwa kerana berpakaian menyerupai wanita

Sajat yang didakwa kerana berpakaian menyerupai wanita bagaimanapun difahamakan telah membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan tersebut yang dilakukannya di majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam..

“Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah. Selanjutnya, pihak mahkamah menangguhkan kes pada jam 9 pagi, 23 Februari hadapan untuk perbicaraan.

“Tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM 3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam kumpulan A,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas Shahzihan lagi, pendakwaan kes terbabit dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd Zain.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago