Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]

Sejak beberapa bulan lalu, nama membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini.

Ia menjadi lebih panas apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa turut mempunyai hubungan dengan suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu.

Bukan hanya itu, wanita ini turut mendedahkan beberapa tangkap layar dipercayai memaparkan perbualan antara Aliff Aziz bersama seorang wanita yang dikenali sebagai NRF yang menurutnya adalah Ruhainies.

Terbaharu kontroversi tersebut memasuki episod baru apabila dia mendedahkan lebih banyak lagi perbualan WhatsApp antara Aliff dan NRF. Apa yang mengejutkan, isi kandungan perbualan itu turut menyebut beberapa nama rakan selebriti seperti pelakon, Emma dan Chacha Maembong.

Di dalam perbualan tersebut Chacha didakwa mengutuk Bella, yang kononnya dia hanya bersandiwara demi meraih simpati ramai.

Susulan daripada pendedahan itu, ramai yang kurang senang dengan perkara terbabit sehingga membuatkan adik beradik selebriti berkenaan dikecam selain nama mereka turut menjadi trending di laman X.

Chacha tampil beri penjelasan

Sedar nama menjadi bualan Chacha kemudiannya tampil membuat penjelasan agar tidak timbul spekulasi atau fitnah lain terhadap dirinya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Chacha menjelaskan hubungannya bersama Ruhainies tidak akrab dan tidak pernah berhubung menerusi WhatsApp. Malah hanya pernah berkerjasama sekali sahaja dan ia adalah drama yang sudah lama.

“Kejadian yang berlaku ini, mula-mula sedang video call dan ia telah diberi kepada saya. Bukan saya yang nak cakap dengan dia (Ruhainies). Selepas itu, saya memaklumkan saya tidak tahu mengenai korang (Aliff dan Ruhainies) yang berlaku sekarang ni dan saya tak nak tahu pun masalah korang serta gosip semua.

“Apa yang saya tahu cuma yang lalu dekat media sosial saya baca kenyataan dan itu sahaja. Yang dalam-dalam semua Chacha memang tak nak tahu. Cha bagitahu Anis (Ruhainies) tak ambil port (kisah) pasal dia orang.

“Lepas tu saya cakap, ya ada jumpa Bella dekat majlis dan Chacha nampak Bella macam ada masalah. Itu sahaja, habis perbualan di situ. Tiba-tiba keluar kenyataan yang cakap ‘Chacha nak cakap dengan dia, Chacha kata tak ada orang percaya gosip b***h. Bella cuba menangis depan saya’. Semua benda tu saya tak cakap pun,” dakwa aktres itu.

Hubungi Ruhainies untuk minta penjelasan berhubung perbualan yang tular

Mahukan kepastian mengapa namanya terpalit dalam perbualan dua pelakon berkenaan, Chacha kemudiannya menghubungi Ruhainies menerusi Whatsapp untuk mendapatkan penjelasan.

Dalam perbualan itu, Chacha telah menghantar tangkap layar yang tular kepada Ruhainies dan bertanya mengenai perbualan tersebut walhal dia langsung tidak masuk campur terhadap masalah terbabit.

“Lepas tu dia cuma reply ‘ini perempuan (Sarah Yasminekh) tu ambil telefon Alif’. Tapi mengapa mesej Alif nak petik (sebut) nama saya, tambah ‘bunga’ lagi tu. Ha tambah ‘bunga’ yang tak best tu,” kata Chacha lagi.

Perbualan hanya dengan Aliff, tak tahu telefon akan digodam

Susulan daripada mesej yang diberikan oleh Chacha, Ruhainies lalu membalasnya menerusi pesanan suara menjelaskan isu berkenaan.

“Itu adalah perbualan antara Aliff dan saya, saya tak tahu pula perempuan itu nak hack (godam) telefon dia macam tu.

“Itu kan benda lama yang hari tu kita jumpa, yang kita video call lepas cakap dengan Emma dan awak tu. Itu perbualan dengan Aliff, hanya untuk kami berdua. Perempuan tu, ambil telefon Alif,” kata Ruhainies dalam pesanan suara tersebut.

Chacha minta Ruhainies jernihkan nama

Tambah Chacha, dia kemudiannya cuba menelefon Ruhainies untuk mendapatkan penjelasan namun gagal dan pelakon itu hanya meminta Chacha membiarkan perkara itu.

Walau bagaimanapun, Chacha meminta pelakon berkenaan membersihkan reputasinya selepas namanya ‘dipetik’ hingga mendapat kecaman hebat dari orang ramai.

“Lepas tu saya hubungi dia, tapi tak angkat. Dia cuma cakap dia dekat balai, biarkan saja. Emma pun dah bagi kenyataan kan. Dia cakap macam tu.

“Jadi saya cakap dengan dia, orang kecam saya, cakap pasal Bella. Di mana perkara itu tidak betul dan saya tak boleh biar saja sebab tiada kena mengena.

“Saya tak hubungi awak langsung dan saya yang kena teruk terhadap perkara yang saya tak buat. Saya nak awak jernihkan (bersihkan) nama saya. Namun dia masih tak balas apa-apa kepada saya.”

Chacha juga menjelaskan dia langsung tidak terlibat dengan isu itu dan memohon maaf jika ada yang tersinggung mengenai perkara itu khususnya kepada Bella Astillah.

Emma tampil beri penjelasan dan mohon maaf

Sebelum ini, Emma Maembong iaitu kakak kepada Chacha turut memuat naik satu video menjelaskan isu yang sama dan memohon maaf.

Emma turut mengakui kesilapannya yang tidak sepatutnya mengambil tahu atau masuk campur mengenai urusan rumah tangga orang lain.

Emma bagaimanapun turut menegaskan tujuannya bertanya kepada Ruhainies hanya untuk mendapatkan kepastian selepas timbul khabar angin di kalangan penggiat industri hiburan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago