“Semak Latar Belakang Sebelum Jemput” – KPT Arah UM Batalkan Program Libat Ahli Akademik Pro-Israel

Semalam (24 April), kecoh di media sosial apabila seorang individu pro-Israel memuat naik hantaran di X bahawa dia telah memberi ucapan di Universiti Malaya (UM).

Menerusi hantaran yang kini telah dipadam, individu tersebut yang merupakan seorang profesor sains politik di Portland State University, Bruce Gilley membuat dakwaan bahawa Malaysia mahukan ‘Holocaust kedua’.

Dalam ceramahnya yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power”, dia juga memperkecilkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS), lapor FMT.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengarahkan agar kesemua program dan aktiviti yang dijadual dihadiri olehnya dibatalkan dengan segera.

“IPT Perlu Ambil Kira Sensitiviti Masyarakat” – Zambry

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah meminta pihak UM agar menyiasat perkara itu dan mengemukakan laporan segera.

Tegasnya, walaupun autonomi untuk mengadakan program intelektual diberi kepada institusi pengajian tinggi, namun ia tidak bermakna sehingga sensitiviti masyarakat tidak diambil kira.

“Suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke program dianjurkan.

“Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan,” katanya.

Gilley Kongsi Usaha Malaysia Menentang Israel

Terdahulu, menerusi hantaran di X, Gilley memetik sebahagian dari ucaptamanya di UM mengenai dasar luar Malaysia.

“Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan sudah tentu tidak akan menjadi rakan atau rakan kongsi AS,” katanya.

Tambah Gilley, perkara ini mengingatkannya kepada nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar “belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi”.

Gilley juga berkata berita TV di Malaysia akan menamatkan siarannya dengan ayat “From the River to the Sea” dan “Israel Cuak”.

Dalam pada itu, dia mendakwa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu juga ada mengeluarkan kenyataan “Israel akan hilang tidak lama lagi” ketika sebuah perhimpunan pada Oktober tahun lepas.

Netizen Persoal UM Jemput Gilley

Hantaran tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang mempersoalkan keputusan UM menjemput seorang penyokong Israel bagi memberikan ucapan. Malah, bekas menteri luar negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut meminta agar UM dan Wisma Putra memberi penjelasan berkenaan perkara ini.

Timbul juga persoalan jika pihak penganjur tidak melakukan sebarang semakan latar belakang terlebih dahulu. Ini kerana jelas terpampang bendera rejim Zionis di profile laman X Gilley.

Beberapa individu turut mengambil langkah proaktif meminta pihak UM agar membatalkan aktiviti berkait individu tersebut. Menurut perkongsian di laman X, Gilley sepatutnya mempunyai satu lagi sesi ucapan di UM hari ini (25 April), tetapi telah dibatalkan.

Difahamkan bahawa dia telah dijemput bagi berucap di beberapa acara di UM:

  • 22 April: Seminar “International Relations Seminar: The Use of IR Theories In Research”
  • 23 April: Ucaptama “Will Malaysia become an active middle power?”
  • 24 April: Syarahan “Has the Quad Eclipsed Asean?”
  • 25 April: Seminar “Reassessing Republican China” [Dibatalkan]

“Malaysia Bukan Negara Selamat Untuk Dikunjungi” – Gilley

Menjenguk ke profil X Gilley, dia berkata telah ‘selamat’ berlepas dari Malaysia. Dia juga mendakwa tidak selamat untuk berkunjung ke Malaysia dan bahawa negara ini mempunyai kumpulan ‘Islamo-fascist’ yang ‘diwujudkan’ sendiri oleh kerajaan.

Malaysia Penyokong Tegar Palestin

Untuk info, perang di Gaza bermula 7 Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 34,000 rakyat Palestin dan 77,000 cedera.

Umum sedia maklum bahawa Malaysia merupakan antara negara yang kuat mengutuk serangan Israel ke atas Palestin dan tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan rejim itu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago