“Ini Satu Musibah Ummah Yang Parah” – Ustazah Asma’ Harun Tegur MV Parah Parah Ayda Jebat

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya nama penyanyi dan pelakon Ayda Jebat kerap dikaitkan dengan kontroversi sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini namanya hangat diperkatakan ekoran video-video yang dikongsikan di laman Instagram bersama suaminya, kini satu lagi isu pula timbul membabitkan Ayda Jebat.

Semuanya gara-gara muzik video untuk lagu terbaru Ayda Jebat iaitu Parah Parah yang sudah dimuat naik di Youtube sejak penghujung Disember lalu.

Difahamkan MV berkenaan hangat diperkatakan selepas pendakwah terkenal. Ustazah Asma’ Harun mengeluarkan satu kenyataan yang menyifatkan MV Parah-parah agak keterlaluan dan menjatuahkan maruah seorang wanita.

Tambah beliau, semua itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi dunia ketika ini sedang berdepan pandemik Covid-19 selain akhir zaman yang semakin hampir.

“Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.

“Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel.

“Dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan.

“Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.

Bangga dengan maksiat

Pendakwah tersebut turut meluahkan rasa terkilannya dengan semua yang terlibatt dengan MV video tersebut yang menurutnya seolah berbangga dengan perbuatan maksiat secara terbuka.

“Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?

“Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago