Bertikam Lidah Dengan Netizen, Janna Nick Akhirnya Mohon Maaf [Video]

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Peminat dunia hiburan pasti perasan kebelakangan ini nama pelakon dan pengacara, Hanna Nick sering terkait dengan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang mengundang kecaman netizen.

Lebih membangkitkan kemarahan ramai selepas dia menggunakan perkataan seperti ‘loser’ dan ‘beruk’ yang disifatkan segelintir netizen sebagai tidak matang dan berunsur biadap.

Terbaru Janna menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Instagramnya telah membuat satu permohonan maaf kepada semua netizen dan peminatnya.

Mengakui kesal dengan tindakannya, Janna turut merasakan dia tidak seharusnya bergaduh dengan orang ramai khususnya peminat yang selama ini menyokong kerjaya serta karya-karyanya.

Mula dengan tahun 2021 dengan negatif

“Saya buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ini dan sakit hati dengan saya dan saya minta maaf sangat.

“Tak tahulah. Rasanya, saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, gaduh dengan netizen. Bodohnya saya. Saya mengaku, saya bodoh. Sayalah ‘loser’ itu,” katanya.

“Bila drama saya keluar, Melastik Ke Hatimu, bila anda semua menyokong, jadikan drama itu ‘trending’ dan suka drama itu, saya rasa sedih sangat.

“Saya minta maaf saya taknak lagi bergaduh dengan korang” kata Janna.

Tak ada niat bezakan artis dengan orang biasa

Dia yang jelas tidak mampu menahan airmatanya turut memohon maaf kepada orang ramai kerana bertindak seperti membeza-bezakan golongan artis dan orang biasa.

“Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf. Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya tetap nak mengaku salah saya.

“Dekat sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Jadi disini saya harap sangat semua maafkan saya.

“Sesiapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif. Saya sayang anda semua” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago