Dikecam Hebat Peminat K-Pop, Akaun IG & Twitter Janna Nick Hilang Dari Radar?

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nama pelakon dan pengacara Janna Nick hangat diperkatakan di laman Twitter sejak beberapa hari lalu selepas video lama dirinya yang didakwa menyindir kematian seorang artis K-Pop telah dimuat naik semula oleh sebuah akaun milik peminat selebriti Korea berkenaan.

Video berkenaan yang dirakam membabitkan dia dan seorang lagi pelakon Sharifah Sakinah didakwa telah mempersenda pemergian mendiang Jonghyun SHINee.

Teruk diasak, Janna kemudian tampil membuat permohonan maaf di laman Instagramnya dan menjelaskan situaasi sebenar dimana video tersebut sebenarnya adalah video lama yang sudahpun tular disekitar tahun 2018.


Janna menerusi video berkenaan yang dilihat memegang al-Quran menjelaskan dia langsung tidak tahu tentang maksud sebenar gurauan Sakinah dan hanya ketawa kerana pelakon itu suka bergurau.

“Jujur demi Allah, saya tak tahu menahu pasal video artis K-Pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu tuju untuk dia, saya tak tahu langsung, hanya gelak sahaja dalam video itu.

“Tapi kalau perkara ini diperbesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini dah tak kelakar jadi saya nak bagitahu saya sumpah demi Allah, saya tak tahu.

Enggan memanjang isu berkenaan walaupun masih tidak berpuas hati ‘diserang’ Janna kemudian memohon maaf kepada peminat-peminat mendiang.

“Sekarang ni macam mana! Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf. Disebabkan saya tak suka layan benda-benda ni, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati.

“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-Pop, saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa, saya minta maaf,” katanya.

Permohonan maaf berkenaan bagaimanapun dilihat tidak mampu meredakan keadaan malah namanya terus menjadi sebutan sehingga trendingnya tanda pagar #jannanickisgoingpartyjail

Menerusi tanda pagar tersebut turut tular satu tangkapan skrin yang didakwa mereka merupakan komen yang pernah dikeluaran Janna yang seolah mempermainkan nama girlband K-Pop.

Namun tidak lama kemudiannya tular pula di laman media sosial yang menyatakan akaun instagram Janna sudahpun hilang samaada di nyahaktif atau dibuang oleh instagram.

Perkara sama turut berlaku kepada akaun Twitter miliknya.

Masih lagi trending

Carian kami juga mendapati akaun media sosial Janna di kedua-dua platform masih lagi ‘hilang’ selain namanya masih kekal trending.

Sempat muat naik laporan polis

Namun menurut beberapa portal, Janna sempat membuat laporan polis malah memuat naik laporan tersebut di akaun Twitternya sebelum akaun berkenaan turut lesap.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

“Segala tangkap layar telah diambil oleh pihak berkuasa & tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap mereka yang terlibat” tulisnya pada tangkap layar yang tular.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

5 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago