Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Nampaknya selepas beberapa hari melabuhkan tirai, program Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35) masih lagi hangat diperkatakan orang ramai.
Namun, kali ini bukan lagi membabitkan Nabila Razali, sebaliknya tentang kualiti program itu sendiri.
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya seolah tertanya-tanya tentang kualiti anugerah berprestij tersebut yang disifatkannya sudah hilang aura malah kelihatan seperti rancangan menjual barang.
“Apa sudah jadi dengan Anugerah Juala Lagu #AJL35 ? Sebuah rancangan tahunan yang sepatutnya membariskan lagu-lagu berkualiti dengan produksi yang mantap dan gah-nya tetapi bertukar menjadi hambar.
“Bukan saja merepek, tapi hilang auranya. Paling mengejutkan, AJL35 kali ini seperti sebuah rancangan menjual barangan spt ‘wow shop’,” katanya.
Tambah Azrinaz selain pemakaian hos, segmen untuk penaja sepatutnya tidak dilakukan secara berlebihan.
“Dengan segmen khas diwujudkan untuk mempromosi penaja seperti gambar ini. Pemakaian 2 host tertera yang ‘out of date’ tiada konsep dan hala tuju.
“Tocang panjang dan huruf nama penaja sebesar-besar alam nak pergi mana? Nak jual baju raya ke apa? Adakah kita masih dalam tahun 1995?
“Pengacara tetap pula ditekankan untuk menyebut nama2-nama sponsor sepanjang masa sehingga berjela-jela… buang masa,”
Dia dalam masa sama turut membandingka
Dalam pada itu, Azrinaz turut membandingkan cara penyampian di AJL dengan program program luar seperti di anugerah Oscar dan Grammy yang lebih ‘straight forward’
“Saya teringat program Oscar mahupun Grammy Award, dimana penyampai naik ke pentas dan terus mengumumkan nama pemenang: “And the award goes to..”
“Tidak salah untuk selitkan usikan dan hiburan malah ia amat dialu-alukan, tetapi dengan menyebut nama-nama penaja yang berulangkali sungguh meloyakan,” katanya lagi.
Mengakui pernah terlibat dengan AJL suatu ketika dahulu, Azrinaz bagaimanapu nkecewa dengan hasil AJL pada tahun ini.
“Saya mengikuti anugerah ini setiap tahun sejak dibangku sekolah. Malah saya juga pernah secara langsung terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dulu.
“Kalau dulu ia mempamerkan penyanyi yang tiada tolok bandingan seperti Francisca Peter, Aris Ariwatan, Amy Search mahupun penyanyi baru seperti Hazama, Akim Majistrate juga tidak kurang hebatnya.Malang sekali tahun ini barisan artist gagal memberikan klimaks,” katanya.
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…