Tidak Memohon Untuk Kahwin Kali Kedua, Polis Siasat Suami Serina Redzuawan

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini peminat dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman gembira pelakon, Serina Redzuawan yang memaklumkan bahawa dia sudah bernikah bersama pilihannya, Aidid.

Namun disebalik perkhabaran gembira tersebut, orang ramai dikejutkan dengan kenyataan ayah Serina iaitu Chef Selebriti terkenal, Chef Wan yang mendedahkan dia hanya mengetahui perkara tersebut menerusi kakaknya yang berkongsi foto perkahwinan Serina yang diambil dari IG pelakon tersebut.

Sejak dari itu, kisah mereka terus menjadi perhatian media dan juga netizen sehinggalah semalam apabila seorang wanita tampil mendakwa yang dia masih bergelar isteri kepada Aidid semasa bekas suaminya itu melangsungkan perkahwinan dengan Serina.

Isu tersebut kemudian sampai ke pihak majikan Aidid yang merupakan seorang pegawai polis.

Difahamkan ianya disebabkan setiap anggota polis terikat pada undang-undang dimana mereka yang ingin berkahwin perlu memohon kebenaran jabatan sebelum melangsungkan apa-apa pernikahan.

Namun Aidid atau nama betulnya Meor Mohammad Aidid didakwa tidak memohon kebenaran buat kali kedua untuk berkahwin dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Sehubungan itu pihak polis kini telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap suami Serina.

Menerusi laporan Utusan, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, Polis Perak menyerahkan siasatan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis memandangkan pegawainya itu kini sudah bertuga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019. 

“Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib  dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Jelas beliau pegawai terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua daripada pasukan.

Namun setakat ini pihak mereka mendapati perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada siasatan (bentuk hukuman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

4 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

4 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

4 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

6 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

7 hours ago