Waktu Malaysia Merungkai Sebab Umur Kita Sebenarnya Sejam Lebih Muda

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Perasan tak kalau korang pernah melancong ke Jakarta atau Bangkok, matahari akan terbit dalam lingkungan sejam lebih awal daripada di Semenanjung Malaysia? Ada juga masa ia berlaku sehingga 1 jam 30 minit lebih awal. Rupa-rupanya, matahari di Semenanjung Malaysia yang terbit lewat.

Posisi longitud Kuala Lumpur adalah hampir sama dengan Bangkok dan Jakarta tetapi mereka masih dalam zon masa yang berbeza. Menerusi peta zon masa dunia, terdapat sebuah garisan yang agak berlainan di sekitar Semenanjung Malaysia dan juga Singapura.

Foto: Bali Gates of Heaven

Sekiranya mengikut longitud yang betul, Kuala Lumpur dan Singapura ialah 7 jam dihadapan Greenwich Mean Time (GMT).

Malaysia dan Singapura bersetuju dengan perubahan zon masa?

Sewaktu zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri, mereka mempunyai banyak percanggahan ideologi. Tetapi satu-satunya perkara yang dipersetujui bersama adalah masa.

Foto: Today

Mereka percaya bahawa masa perlu ditetapkan 8 jam dihadapan GMT kerana zon kota-kota perekonomian utama rantau timur banyak yang terletak pada zon 8 jam iaitu Hong Kong, Taipei, Shanghai, Manila dan Beijing.

Perkara ini boleh memudahkan urusan pasaran saham, perbankan, pos dan juga kesesuaian perancangan almanak birokratik dan diplomatik.

Waktu Piawai Malaysia (MST) pada hari ini

Pada jam 11.30 malam 31 Disember 1981, Dr. Mahathir telah meluluskan Akta Waktu Piawai Malaysia (1981), yang menetapkan jam telah menjadi 30 minit lebih awal. Sambutan tahun baru pada tahun itu kemudiannya telah berlangsung mengikut masa yang baru.

Di bawah pemerintahannya, beliau menyatukan zon waktu Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia menjadi Waktu Piawai Malaysia (MST) yang setara dengan GMT +8 seperti Perth, Hong Kong dan Manila. Tetapi menurut peta, negeri ini terletak di sebelah timur.

Foto: Wikipedia

Pertukaran zon masa di Malaysia telah diubah 6 kali

Ianya merupakan kali terakhir zon masa di Malaysia mengalami perubahan. Walaubagaimanapun, pertukaran zon masa bukanlah terjadi hanya sekali, tetapi ianya telah diubah sebanyak 6 kali.

  • Sebelum 1901, GMT +6.46
  • Selepas 1901, GMT +6.55 (Ditetapkan mengikut Waktu Piawai Singapura)
  • Selepas 1905, GMT +7.00  (Dipiawaikan oleh British dan dinamakan Waktu Piawai Tanah Melayu Britain)
  • Selepas 1933, GMT +7.20 (Memanjangkan waktu siang)
  • Selepas 1941, GMT +7.30 (Memanjangkan lebih lagi waktu siang)
  • Selepas 1942, GMT +9.00 (Diselaraskan dengan Waktu Piawai Tokyo semasa pendudukan Jepun)
  • Selepas 1945, GMT +7.30 (Disamakan semula seperti tahun 1941)
  • Selepas 1982, GMT +8.00 (Waktu Piawai Malaysia)

Pernah tak terfikir suasana dah hampir gelap macam waktu malam tapi sebenarnya baru jam 6 petang?

Kalau korang nak tahu, pada hari ini masa di Semenanjung Malaysia adalah 1 jam 14 minit lagi awal daripada yang sepatutnya.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

6 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

8 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

9 hours ago