Jangan Guna Muzik Saya” – Charlie Puth Bengang Lagunya Jadi Muzik Latar Video TikTok Pesalah Tampan

Jika anda ingat sekitar awal Julai, tular di media sosial khususnya di aplikasi TikTok video seorang pemuda berwajah tampan, Cameron Herrin, 21 dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat yang dikenakan hukuman penjara atas kematian seorang wanita dan bayinya.

DIfahamkan Cameron dikenakan penjara 24 tahun oleh Mahkamah Florida selepas dia didapati bersalah berlumba di jalanan bersama seorang rakannya, John Barrineau, sehingga mengorbankan Jessica Reisinger-Raubenolt,  24 tahun bersama bayinya, Lillia 21 bulan yang sedang melintas jalan di Bayshore Boulevard, Florida pada Mei 2018.

Ford Mustang yang digunakan Cameron sewaktu kemalangan

Namun wajah tampan pemuda ini membuatkan ramai pengguna TikTok ‘cair’ hingga meluahkan rasa simpati mereka dengan nasibnya yang terpaksa meringkuk lama di dalam penjara disebabkan satu kesalahan atau ‘kemalangan’ yang menurut mereka sudah dilakukannya 3 tahun lalu.

Malah ramai selepas menonton video tular tersebut mula mempromosikan tandapagar #camerronherrin di aplikasi berkenaan sebagai tanda sokongan mereka untuk mendesak mahkamah memberikan pemuda ini peluang kedua.

Segelintir dari mereka kemudian mula mengambil inisiatif menghasilkan lebih banyak video sebagai solidariti kepada pesalah muda ini sambil diiringi muzik latar sedih.

Namun satu dari video tersebut akhirnya mendapat perhatian penyanyi antarabangsa Charlie Puth selepas seorang pengguna TikTok tersebut menggunakan remix lagu nyanyiannya bersama Selena Gomez, ‘ We Dont Talk Anymore’ sebagai muzik latar.

@3hki

♬ original sound – hala

“Don’t use my music fot this sh*t”

Dia yang tidak selesa dengan penggunaan lagu tersebut kemudiannya meninggalkan komen pedas meminta individu tersebut tidak lagi menggunakan lagunya untuk hal membabitkan Cameron.

“Don’t use my music fot this sh*t” tulis Charlie Puth ringkas.

Tindakan penyanyi tersebut menyebabkan ramai peminatnya dan penggemar dunia hiburan mula membanjiri akaun TikTok tersebut untuk membaca sendiri komen yang ditinggalkannya.

Ramai pengguna TikTok dan Twitter kemudiannya meluahkan rasa kagum mereka terhadap penyanyi berumur 30 tahun itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang rasional dalam memutuskan satu satu hal.

Ini kerana menurut mereka Cameron wajar digelar seorang pembunuh kerana dia telah mengakibatkan nyawa seorang ibu dan anak terkorban disebabkan tindakannya berlumba secara haram di jalanraya.

Malah tindakannya menyebabkan seorang lelaki bukan sahaja kehilangan isteri malahan anaknya yang masih kecil.

David Raubenolt, suami kepada mendiang Jessica sewaktu keputusan penghakiman pada April lalu

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago