Terkesan Lihat Kesusahan Orang Lain, CEO Kilang Coklat Berusia 11 Tahun Bantu Golongan Memerlukan

Siapa sangka, baru menjengah usia 11 tahun sudah menjadi ketua pegawai eksekutif sebuah kilang coklat. Lebih mengagumkan, anak kecil ini memasang niat untuk membantu golongan yang  memerlukan.

Menerusi laporan Juice, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Armand Idrizam itu terdetik untuk membuat sumbangan setelah melihat orang ramai yang beratur di luar masjid bagi menunggu bantuan bekalan makanan. Walaupun masih muda, Armand kelihatan sangat matang dan bijak berbanding usianya.

Foto: FMT

Keluarga Armand mempunyai sebuah kilang coklat mini terletak di bandar Kinarut, Sabah yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu. Hasil daripada sokogan orang ramai, mereka berjaya mengembangkan perniagaan kepada sebuah kilang mini di sebuah lot komersial.

Pelbagai produk telah dihasilkan oleh Koko Loko antaranya ialah kacang mentega, coklat berperisa, granola koko, coklat untuk kek dan minuman, brownies dan juga aneka jenis kek.

Foto: FMT

Sumbangan yang diberikan adalah Share & Care Box yang berharga RM220 mengandungi  pelbagai cokelat dan daripada hasil jualannya akan disumbangkan 10 peratus kepada bank makanan di Masjid Kinarut yang terletak bersebelahan kilang mini Koko Loko.

Tambahnya, jualan tersebut diadakan sepanjang Julai sempena Hari Coklat Sedunia yang jatuh pada 7 Julai setiap tahun.

Foto: FMT

Disamping itu, Armand juga menganjurkan program di mana kanak-kanak yang tidak mampu untuk membeli makanan ringan seperti coklat boleh melakukan pertukaran dengan barangan kitar semula untuk mendapatkan coklat percuma.

Armand yang bercita-cita untuk memperluas perniagaannya itu juga berkata bahawa dia berminat untuk mengadakan bengkel untuk kanak-kanak seusianya setelah keadaan pandemik kembali pulih.

Foto: FMT
Foto: FMT

Menurut ibunya Nina Othman, anak lelakinya itu  mula berniaga sejak berusia enam tahun lagi. Dia memulakan langkah awal dengan menjual sosej.

Bercakap mengenai idea kilang coklat pula, ibunya memaklumkan ianya bermula ketika dia menjalankan program latihan pemerkasaan luar bandar di sebuah kampung dan pada waktu itulah Armand tertarik untuk menghasilkan sesuatu dengan koko.

Ujarnya lagi, walaupun anak sulungnya itu mempunyai kesungguhan yang amat mendalam dalam bidang keusahawanan, dia turut meminati permainan video.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago