“Nak Gugur Jantung Aku” – Video Detik Cemas 2 Wanita Terjatuh Dari Buaian Di Tebing Curam Buat Ramai Berderau

Tiada yang lebih menggerunkan buat dua orang wanita di Rusia selepas mereka terjatuh dari buaian di sebuah tebing curam dengan ketinggian 6,300 kaki (1,828 meter)di sebuah kawasan pergunungan di sana.

Menerusi sebuah video yang tular, kedua mereka yang tidak mengenakan tali keselamatan dilihat menaiki buaian yang disediakan untuk pelancong di Canyon Sulak, Dagestan sambil ditolak oleh seorang yang dipercayai pekerja di tempat tersebut.

Namun sewaktu sedang berayun, rantai besi buaian berkenaan difahamkan tersekat dan melanggar rangka buaian tersebut sekaligus menerbalikkan tempat duduk mereka mengakibatkan kedua mereka terjatuh.

Kesemua pengujung dilihat menjerit ketakutan dan berlaki ke arah kedua mangsa sebelum video tersebut tamat.

Bernasib baik terselamat

Menerusi laporan Mirror, kedua mereka bagaimanapun bernasib baik dan terselamat selepas terjatuh pada satu paltform kayu yang terletak di lereng cenuram berkenaan.

Mereka juga difahamkan hanya mengalami kecedeaan ringan sahaja dengan hanya kesan calar balar di badan dan kaki.

Sehubungan dengan insiden tersebut pihak berkuasa difahmkan telah mengambil tindakan menutup kawasan pelancongan terbabit.

Kementerian Pelancongan Dagestan kemudian dalam satu kenyataan memaklumkan insiden tersebut sebenarnya berlaku pada Jun lalu namun hanya mula tular di media sosial beberapa hari lepas.

Mereka dalam masa sama turut memaklumkan penutupan tempat tersebut dengan menyifatkan buaian tersebut langsung tidak memenuhi piawaian keselamatan rasmi.

Sebagai rekod Sulak Canyon merupakan gaung terdalam di Eropah dengan ketinggian 6,300 kaki malah lebih dalam 206 kaki dari gaung terkenal di dunia iaitu Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘seriau’ mereka sebaik menonton video berkenaan.

Ramai yang turut menarik lafaz lega sebaik mengetahui kedua mereka selamat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

1 hour ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago