Guna Kapsyen Berunsur Fitnah, Blogger Minta Maaf Kepada Keluarga Sheila Rusly & Elisya Sandha

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai dakwaan sebuah portal dan blogger yang mendakwa penerbit Sheila Rusly sebelum ini ada berhasrat untuk menjodohkan anak lelakinya, Uzair Haqimy bersama pelakon Janna Nick namun imian tidak tercapai.

Dakwaan tidak berasas tersebut jelas mengejutkan orang ramai apatah lagi Uzair baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan aktres Elisya Sandha beberapa hari yang lalu.

Akan ambil tindakan undang-undang

Berang dengan isu tersebut, Sheila kemudian memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua mereka yang terbabit melemparkan fitnah berkenaan.

Malab dia menerusi IG turut berkongsi paparan screenshot fitnah tersebut kepada pengikutnya.

Menerusi laporan Kosmo dia turut mengingatkan orang ramai agar jangan sesekali mengusik menantunya dengan menulis perkara yang tidak benar.

“Jangan sesekali usik menantu saya. Saya sangat sayangkan Elisya. Jadi tolong jangan tulis cerita yang tidak betul dan boleh mengguris hati menantu saya.

“Kalau menantu saya sedih, suaminya juga akan bersedih begitu juga saya. Jadi saya ingatkan, jangan berani buat begitu,” tegas Sheila.

Blogger tampil buat permohonan maaf

Terbaharu, pengendali blog tersebut tampil menerusi akaun FB dan IG mereka membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly dan keluarga diatas kesilapan mereka.

Mereka dalam masa sama turut berjanji tidak akan mengulangi kesilapan mereka walau dengan mana-mana selebriti lagi.

” Kami ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan kapsyen tentang Elisya Sandha Dan Sheila Rusly.

” Dengan ini Kami ingin memohon maaf pada keluarga Jinggo, Sheila Rusly dan keluarga Elisya dan mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi juga pada sesiapa pun.

“Kami mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benarsebelum membuat posting kerana sesungguh dosa dan pahala.. Syurga neraka itu benar…” tulis mereka lagi.

Terdahulu Uzair dan Elisya Sandha selamat dinikahkan pada Sabtu lalu sekitar 3 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Majlis tersebut dilangsungkan bersederhana ekoran dari pelaksanan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago