Bawa Pengaruh Buruk Kepada Anak Muda, China Haramkan Program Realiti Pencarian Bakat

Tidak dinafikan program realiti semakin sinonim dalam pencarian bakat-bakat baharu. Baik untuk pencarian bakat sukan, pengacara malahan bakat nyanyian juga banyak digilap menerusi program-program realiti.

Namun lain pula yang berlaku di China apabila kerajaan mereka kini melarang penyiaran beberapa program realiti pencarian bakat yang terkenal disana.

Ini kerana rancangan-rancangan tersebut disifatkan sebagai membawa pengaruh buruk kepada anak muda di sana.

Peserta lelaki perlu lebih maskulin, sopan dan tidak lembut

Memetik laporan The Guardian, badan pengawal selia penyiaran, Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China telah mengarahkan stesen televisyen untuk memastikan setiap peserta lelaki yang terlibat untuk tampil lebih maskulin dan berpewatakan sopan dan tidak menampilkan ciri-ciri ‘lembut’.

Youth With You antara rancangan paling popular di China

Difahamkan penguatkuasaan terbaru yang diumumkan pada khamis adalah sebahagian dari usaha mereka dalam membentuk kembali budaya industri hiburan di negara itu yang menurut mereka telah menyesatkan anak muda sehingga wujudnya budaya ‘fandom’ melampau dikalangan mereka.

Selain itu stesen Televisyen juga tidak dibenarkan untuk menayang program pencarian idola atau rancangan aneka ragam dan realiti yang menampilkan anak-anak selebriti.

Produce 101 antara rancangan yang popular yang melahirkan kumpulan wanita idol popular

“Institusi penyiaran dan televisyen tidak dibenarkan menyiarkan program idola (idol) atau pelbagai pertunjukan dan program realiti,” kata Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional merujuk kepada peraturan baru mereka.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengritik selebiriti lelaki yang mempamerkan penampilan seperti selebriti K-Pop. Sebaliknya mereka perlu mempromosikan budaya tradisional Cina dan sosialis yang maju.

Malah disebabkan kadar kelahiran di sana yang semakin menurun, pihak berkuasa China ketika ini sedang berusaha menerapkan nilai tradisional golongan lelaki yang lebih maskulin dengan meningkatkan penyediaan kelas gimnasium.

Kesemua peraturan terbaru ini dilihat turut berkait dengan kes penyokong fanatik idol terkenal K-Pop kelahiran China dan Kanada, Kris Wu yang bermati-matian menyokongnya selaps dia ditahan di Beijing atas kesalahan merogol.

Melihat pada reaksi tidak rasional mereka yang rata-ratanya golongan anak muda, kerajaan China kemudiannya berjanji untuk mengekang budaya fandom yang disifatkan satu penyembahan pada golongan selebriti.

Sebagai rekod rancangan realiti berkaitan Idol yang dipopularkan industri hiburan AS dan Korea turut menjadi fenomena di China sejak beberapa tahun yang lalu. Antara program yang semakin menjadi perhatian anak muda disana adalah seperti program Youth with You dan Produce 101 

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

13 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

13 hours ago