“Kami Takkan Ikat Jamin Mereka..” Penerbit Terkilan, Gugurkan Pengarah dan Pembantu Pengarah Yang Ditahan Positif Dadah

Semalam media ada melaporkan mengenai penahanan tiga individu termasuk pelakon dan pengarah sebuah syarikat produksi dalam satu serbuan di Kuala Kangsar, Perak selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Insiden tersebut nyata menarik perhatian orang ramai selepas polis mendedahkan mereka turut menjumpai bungkusan dipercayai dadah jenis Cannabis Methamphetamine semasa serbuan di sebuah rumah di  Taman Chandan Putri 2.

Enggan ikat jamin & gugur nama pengarah dan AD

Terbaru, Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengambil tindakan drastik dengan menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah (AD) itu secara serta merta meskipun mereka sepatutnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus.

Meskipun enggan mengulas mengenai tangkapan 3 individu terbabit, dia memaklumkan pihaknya terkilan dengan tindakan pengarah dan penolong pengarah berkenaan dan enggan mengikat jamin mereka.

“Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan  pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini.

“Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.

Foto sekadar hiasan Foto : mStar

Pelakon tidak akan diambil berlakon lagi

Tambahnya lagi, pelakon yang turut terlibat dengan insiden tersebut juga tidak akan diambil berlakon lagi. Dia bagaimanapun menarik nafas lega kerana peranan aktor berkenaan didalam telefilem itu sudah selesai.


“Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Pergambaran terpaksa dihentikan, produksi cari pengganti baru

“Sepatutnya hari ini baki penggambaran di Kuala Kangsar sebanyak 20 peratus sudah selesai, tapi disebabkan kes ini penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

“Buat masa ini, kami dalam proses mencari pengganti sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini yang perlu menghabiskan baki penggambaran sebenar iaitu sebanyak 30 peratus saja lagi.

“Sekitar 20 peratus di Kuala Kangsar, manakala 10 peratus lagi di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Terdahulu mStar melaporkan Syafika sudah mengesahkan pelakon yang ditahan adalah pelakon yang sedang meningkat naik, Niezam Zaidi. Namun menurutnya pihaknya tidak bertanggungjawab dengan penahannya dan dua lagi krew kerana ianya kesalah peribadi.

Tambahnya lagi penggambaran disana juga sebenarnya sudah selesai dan mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur manakala aktor berkenaan pula sudah selesai babaknya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

46 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago