“Saya cadang tukar pelakon tapi saya yang ditukar” – Yusri A.Halim Ulas Isu Penyiar Mahu Pelakon 1 Juta Pengikut

Sekitar awal Oktober lalu, industri hiburan hangat memperkatakan mengenai tindakan segelintir penerbit yang meletakkan jumlah pengikut satu juta di Instagram (IG) sebagai syarat pengambilan pelakon untuk sesebuah drama atau filem.

Bukan sahaja pelakon, malahan ramai penerbit tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan perkara tersebut.

Terbaru isu sama kembali hangat dibicarakan selepas pelakon dan pengarah, Namron berkongsi satu tangkap layar layar kriteria untuk pengambilan para pelakon yang dipercayai diedar oleh sebuah syarikat penyiaran.

“Katanya ini datang dari sebuah syarikat penyiaran. “It’s real guys! Not a joke. Bukan mitos atau urban legend.

“So apa lagi? Keputusan di tangan anda. Nak pelakon kegemaran anda beraksi di kaca tv follow them on social media.

Isu ini dalam masa sama turut hangat dibahaskan di Twitter selepas dikongsikan pelakon, Idieli Dzuhri Alaudin.

Ramai penggiat seni dan selebriti terkenal seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nabila Huda kemudiannya menyuarakan perkara sama dan menyifatkan syarat yang dikemukakan adalah tidak masuk akal.

“Saya cadang tukar pelakon, tapi saya yang ditukar”

Isu ini kemudianya turut menarik perhatian pelakon, penerbit dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim yang akhirnya membuka mulut tentang isu sama.

Dia yang dilihat tidak senang dengan perkara itu akhirnya membuat pendedahan bahawa dia pernah digugurkan peranannya dipercayai sebagai pengarah gara-gara mencadangkan kepada produser agar pelakon utama ditukar ganti kerana tidak dapat menjiwai watak selepas tiga hari penggambaran.

“Apa kriteria utk pelakon drama TV? Followers?Influencer?

“2021, saya cadang ke produser untuk tukar pelakon utama sebab tak boleh bawa watak selepas tiga hari penggambaran. Jom rakam semula! Tp penyiar tetap mahu ‘pelakon’ itu. (Akhirnya) Saya yang ditukar.

Yusri Abdul Halim

Tegas Yusry yang juga penyanyi kumpulan KRU itu lagi, situasi yang berlaku pada industri drama tempatan ketika ini adalah angkara syarikat penyiaran itu sendiri.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

7 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

7 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

7 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

9 hours ago