Peniaga Kerugian RM136,700 Gara-Gara Tertipu Iklan Jual Hilux RM15,000 di Media Sosial

Niat seorang peniaga untuk membeli sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux pada harga RM15,000 berakhir dengan kerugian selepas dia diperdaya dalam urusan jual beli kereta tersebut oleh penjual yang tidak wujud.

Penipuan tersebut yang bermula selepas dia terlihat tawaran iklan di Facebook, menyebabkan peniaga berusia 47 tahun itu kerugian sebanyak RM136,700.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang dilakukan mangsa di Kuala Kangsar pada Ahad lalu.

“Mangsa pergi ke pautan di FB yang menawarkan kenderaan berkenaan sebelum berurusan dengan seorang lelaki yang mendakwa ejen jualan syarikat kenderaan terpakai melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diminta membuat bayaran insurans serta cukai jalan RM3,500 sebelum melakukan 34 transaksi ke lapan akaun bank berbeza diberikan suspek berjumlah RM133,200,” kata Mior Faridalathrash.

Sehubungan itu Polis Perak kini sedang mengesan dalang kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

1,057 kes penipuan di Perak

Tambah beliau lagi, pihaknya dari 1 Januari hingga 21 November tahun ini telah merekodkan kerugian berjumlah RM25.557 juta membabitkan 1,057 kes.

Dari 1,057 kes terbabit Polis Perak telah melakukan 682 tangkapan bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Bagi tempoh sama tahun lalu, kami merekodkan kerugian berjumlah RM24.569 juta membabitkan 1,117 kes dengan 673 tangkapan.

“Ia membabitkan antaranya penipuan jual beli barang melalui Internet, pinjaman tidak wujud, penipuan pelaburan, Macau Scam serta African Scam,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

10 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

11 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

12 hours ago