Iqbal Nafi Terima Gaji RM50,000 Dari Vida, Siap Tunjuk Bukti Dapat RM2K

Baru-baru ini, nama usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida menjadi perbualan hangat selepas dia memaklumkan sedang mencari seorang lelaki bujang berumur 25- 30 tahun untuk menjadi pembantu peribadinya (PA) yang baharu.

Apa yang mencuri tumpuan apabila dia turut menawarkan gaji setinggi RM 10,000 namun syarat utamanya ialah mereka yang memohon perlulah seorang yang kacak.

Iklan mencari pekerja yang diletakkan di Instagramnya nyata menarik perhatian orang ramai termasuklah media.

“Wajib Handsome” – Vida

Menerusi laporan mStar, Vida menjelaskan gaji lumayan tersebut bukanlah sembang kosong sebaliknya dia mampu membayar lebih lagi sekiranya mereka dapat melakukan tugasan dengan baik.

Tambah Vida, pihaknya setakat ini sudah menerima 60 permohonan menerusi e-mel manakala 100 lebih secara Direct Message(DM) di akaun Instagram.

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula. Helok-helok mukanya. Perangai tu tak tahu la. Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi.

Dia dalam masa sama turut mendakwa pernah memberikan gaji sebanyak RM 50,000 kepada usahawan Ahmad Iqbal sewaktu dia masih bergelar PA kepadanya.

Iqbal nafi dakwaan tersebut

Namun siapa sangka, kenyataan yang dikeluarkan Vida itu mencetuskan rasa tidak senang terhadap Ahmad Iqbal.

Menurut ahli perniagaan itu yang kini menetap di Indonesia, kenyataan yang dikeluarkan Vida adalah tidak benar dan mengarut di mana dia hanya menerima gaji permulaan sebanyak RM 1,400 sahaja.

Malah menurutnya gajinya hanya meningkat kepada RM2,000 selepas 3 tahun berkhidmat bersama bekas majikannya itu.

“Mengarutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai bergaduh nak kena buang kerja.

“Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih. Itupun saya berkerja dari Subuh sampai malam, gaji saya sama sahaja dengan staf lain, bahkan staf lain lebih tinggi..cuma siapa rajin dan kreatif buat sales mereka akan dapat setimpal dengan usaha.

“Tak baik berjanji dan buat macam tu! Nanti orang yang betul-betul mencari kerja berharap nak gaji sebanyak itu,” kata Iqbal dipetik mStar.

Sebagai membuktikan kata-katanya, Iqbal kemudian berkongsi paparan tangkap layar perbualan whatsapp dengan seseorang mengenai jumlah gaji yang diterimanya dahulu.

Ia turut dikongsikan Iqbal menerusi satu muat naik di IG Story beliau.

Perkara sama turut dibangkitkan ahli perniagaan itu menerusi satu lagi hantaran yang meminta bekas majikannya itu agar tidak mempergunakan masyarakat dengan memberi harapan palsu.

“Di saat orang kesusahan mencari pekerjaan, jangan pergunakan masyarakat dengan memberi harapan palsu. Jangan jadikan syarat rupa paras sebagai ukuran utama. Seharusnya carilah yang betul-betul berbakat dan profesional.

“Saya kasihan pada masyarakat yang sedang kesusahan dalam mencari pekerjaan”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

27 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

47 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago