Didakwa Ciplak Jenama Tempatan, Ini Respon Sharifah Rose

Baru-baru ini, nama pelakon dan instafamous, Sharifah Rose hangat diperkatakan di media sosial selepas perniagaan yang bakal dilancarkannnya iaitu Sekuntum didakwa menciplak nama, idea dan konsep sebuah jenama tempatan sedia ada iaitu Sekuntom.

Dakwaan tersebut menyebabkan Sharifah Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira teruk dikecam peminat dan netizen sehingga ada yang merasakan dia sengaja mengelirukan orang ramai apatah lagi sebutan kedua-duanya adalah sama.

Baca artikel berkaitan : “Nama Sama Ejaan Sahaja Lain” – Sharifah Rose Didakwa Ciplak Idea & Konsep Jenama Tempatan

Teruk dikecam, Sharifah Rose akhirnya tampil menerusi satu perkongsian di Instagram menjelaskan dakwaan tersebut.

Tidak tahu kewujudan jenama berkenaan

Menurut pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard itu, dia sama sekali tidak tahu kewujudan jenama tempatan tersebut sebelum dia melancarkan teaser di Instagram.

Malah tujuan utama dia memilih nama berkenaan kerana perkataan ‘sekuntum’ itu begitu dekat dengannya dan merupakan nama panggilan oleh keluarga dari kecil.

Tambahnya lagi, pihak syarikat juga sudah mendaftarkan domain www.sekuntum.com sejak September lagi. Dalam tempoh itu mereka pastinya akan membatalkan nama berkenaan jika tahu ada kewujudan perniagaan yang mirip dengannya.

“Sejujurnya, as a newcomer to the business world, banyak lagi yang Rose perlu belajar dan Rose terima semua pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, Rose akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri untuk terus berjaya.

“Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan. Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG. Juga, perkataan ‘sekuntum’ ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk Rose sejak kecil lagi. Kami memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga ros saja.”

Sudah daftar laman sejak September 2021

“Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan September lalu. Mana mungkin kami akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami. Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana mana pihak,” kata Sharifah Rose lagi.

Mohon maaf tentang isu yang timbul

Dia dalam masa sama turut memohon maaf sekiranya tindakannya itu mencetuskan kekeliruan kepada orang ramai selain berharap perniagaan Sekuntum dan Sekuntom dapat berkembang bersama.

“Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangan segala persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, sekali lagi, dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf sekiranya Rose dianggap mencetuskan kekeliruan dan tentunya sebelum memulakan bisnes kajian telah dibuat oleh team saya.”

“Akhir sekali, Rose berharap agar kedua-dua pihak dapat berkembang mekar bersama,” kata Rose lagi.

Dia menerusi hantaran sama turut memaklumkan sudah berhubung dengan syarikat tenusi di Australia, Macamil berhubung kontroversi design yang timbul.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

5 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

6 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

6 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

7 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

9 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

9 hours ago