Nama pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi sebutan peminat dunia hiburan sejak semalam selepas peranannya sebagai pengacara bersama bagi program realiti MIC ON! digugurkan secara serta merta.
Menurut Awesome TV, keputusan drastik ini diambil demi memastikan keharmonian dan kelancaran penerbitan program berkenaan.
Baca artikel berkaitan : Diva AA Digugurkan Serta Merta Daripada Mengacara Mic On!
Sedikit berang dengan perkara tersebut, Diva AA bagaimanapun mendedahkan dia tidak ‘heran’ dengan keputusan yang diberikan kepadanya, kerana kewangannya masih kukuh selain terus menerima banyak tawaran dari produksi yang lain.
“Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.
“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.
“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya,” katanya dipetik dari Harian Metro.
Dia bagaimanapun menasihatkan pengurusan Awesome TV agar tidak mempergunakan orang lain sesuka hati selain mahu hutangnya dilangsaikan secepat mungkin.
“Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.
“Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti,” kata Azwan Ali lagi.
Dia yang enggan mendedahkan punca namanya digugurkan turut memberikan satu dua kata kepada stesen TV itu agar hutangnya segera dilunaskan atau dia akan menggunakan saluran undang-undang.
“Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa benda kurang ajar yang saya dakwa sudah berlaku dalam pengurusan Awesome TV. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.
“Saya bila-bila masa boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi kes polis,” katanya lagi.
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…
Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…