Dakwa Sudah Ada Ramai Peminat, Aliff Syukri Nak Adakan Konsert Pula

Sejak kebelakangan ini nama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sering menjadi perbualan orang ramai.

Semuanya gara-gara penghasilan Video Muzik (MV) bagi lagu raya terbaharunya, Kelepok Raya yang menurut banyak pihak tidak sesuai dengan adab ketimuran dan ajaran Islam.

Isu ini kemudiannya menarik perhatian pihak berwajib yang mahukan perkara berkenaan disiasat secara terperinci.

Baca artikel berkaitan :

Tidak Sesuai Dengan Ajaran Islam, Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri Dirujuk Kepada JAKIM – Menteri Agama

Terbaharu Aliff sekali lagi menjadi perhatian masyarakat apabila memaklumkan bakal mengadakan konsert sebagai tanda penghargaan kepada peminatnya.

Dia yang tampil menerusi satu posting di Instagram mendakwa mempunyai ramai peminat. Ianya boleh dibuktikan menerusi jutaan tontonan pada semua muzik video lagu-lagunya.

Tiket paling mahal berhaga RM10,000

Dia turut memberikan anggaran harga tiketnya selain memaklumkan orang ramai yang membeli tiket paling mahal berpeluang untuk bernyanyi dan bergambar bersamanya.

“Harga tiket seorang paling murah RM150, paling mahal RM10,000 boleh duduk depan pentas dengan saya, menyanyi live dan bergambar dengan saya sambil dengar lagu #kelepokraya,” kata Aliff.

“Siapa nak beli dekat saya kena booking awal-awal takut sold out,” tulisnya.

Dijengah ke ruangan komen, perkongsian Aliff ternyata menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang merasakan dia hanya bergurau manakala segelintir meninggalkan komen sindiran.

Ibunya, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita turut dilihat meninggalkan komen seolah-olah tidak bersetuju dengan rancangan tersebut dan mengingatkan Aliff agar melupakan hasratnya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

5 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago