Mak Wan Latah Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah, Dipukul & Diugut Bunuh

Akibat tidak dapat lagi menahan kesabaran, pelakon veteran, Mak Wan Latah telah bertindak membuat satu laporan polis untuk mempertahankan maruahnya dari terus diperkotak-katikkan oleh seorang wanita yang juga merupakan kenalan rapatnya.

Menerusi laporan Kosmo, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud memaklumkan laporan polis dibuat di Taiping, Perak, itu terpaksa dilakukan susulan perbuatan wanita tersebut yang pernah memukul, menendang serta mengugut untuk membunuhnya.

Dah lama diamkan diri

“Sudah lama saya diamkan. Kelakuan kasarnya terhadap saya baharu saja saya laporkan kepada polis. Banyak kali dia buat. Pukul, tendang, tumbuk dan balik kepala saya dengan botol Coke yang masih penuh air.

“Perbuatan itu dia lakukan dalam tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, tambahan pula telefon (bimbit) saya dia pegang.

Kena pukul sebelum ke Genting Highland untuk penggambaran

“Sebenarnya, malam sebelum nak bergerak ke Genting Highland menjalani penggambaran, saya baharu kena pukul. Masa itu kami berada di Taiping.

“Kali terakhir dia pukul saya di depan ramai saksi termasuk emak dia. Mak dia kata itu baru sikit. Apa pun semua bukti saya sudah sertakan dalam laporan polis,” Jelasnya kepada Kosmo.

Perselisihan faham antara Mak Wan dan wanita itu menjadi panas apabila terdapat beberapa video termasuk paparan pelakon tersebut seperti sedang membaca mentera dikongsikan dalam media sosial.

Sifatkan wanita itu sedang alami masalah mental

Menepis tuduhan tersebut, Mak Wan menyifatkan wanita itu berdepan dengan masalah mental dan sengaja mendedahkan perkara mengarut kepada umum.

Dalam masa sama, pelakon veteran berkenaan turut menafikan melakukan perkara khurafat itu, sebaliknya menegaskan video yang memaparkan dirinya sedang membaca mentera itu merupakan rakaman lama ketika latihan untuk sebuah drama.

Video baca mentera di rakam sendiri oleh wanita tersebut

“Video yang kononnya saya baca mentera itu dia yang rakan sendiri, bukan ambil curi-curi pun. Saya yang bodoh sebab mengikut saja. Sekarang dia fitnah saya buat kerja syirik gunakan video berkenaan.

“Drama berjudul Pelaris itu pun sudah lama dan sudah disiarkan. Kalau dia terus nak bercakap pasal itu, biarkanlah. Benda tak betul, dia pun tahu.

Sedang kumpul bukti untuk buat laporan fitnah

“Saya pun sedang kumpul bukti dan akan buat laporan polis pasal fitnah pula. Doakan saya terus kuat,” jelasnya yang turut mendakwa wanita tersebut mempunyai hutang membeli almari dan katil dengan menggunakan namanya.

Sebelum ini, BuzzKini turut melaporkan berkenaan dakwaan Mak Wan melakukan perkara syirik seperti dalam video yang tular di media sosial tersebut.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago