fbpx
Now Reading
Didakwa Lakukan Perkara Syirik Oleh PA, Ini Kenyataan Balas Mak Wan Latah

Didakwa Lakukan Perkara Syirik Oleh PA, Ini Kenyataan Balas Mak Wan Latah

Mak Wan menganggap segala tuduhan terhadapnya adalah fitnah dan menyifatkan pengurus peribadinya itu sebagai seorang yang tidak betul.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berikutan video yang tular di media sosial baru-baru ini, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, tampil bersuara mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh pengurus peribadinya itu.

Menurut laporan mStar, pelakon veteran itu menganggap segala tuduhan adalah fitnah semata. Tambah Mak Wan tanpa mengulas panjang, dia turut menyifatkan pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Amell itu seorang yang tidak betul.

“Jangan dia merangkak jumpa saya dengan tuduhan itu” – Mak Wan

“Kalau kita layan orang otak tak betul, kita pun jadi tak betul. Jadi saya tak nak komen apa-apa. Minta maaf ya, itu hak dia. Saya tidak mahu cakap apa-apa. Hanya Allah saja yang tahu, Allah yang baca dan lihat apa dia buat. Jadi jangan dia merangkak jumpa saya dengan tuduhan itu.”

Mak Wan Latah

Terdahulu, Amell tampil membongkar sikap sebenar Mak Wan di laman TikTok miliknya dengan berkongsi beberapa video yang menunjukkan perilaku sebenar pelakon itu.

Menerusi salah satu video yang dimuat naik, Amell mendakwa Mak Wan membaca jampi yang menurutnya sesuatu perbuatan yang syirik.

@official_amell77

Balas kepada @acik.moy ni ayat dlm al-quran la ? Oh muka surat berapa ? Explain mai kt aku sat blh ?

♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ – ᴬᴹᴱᴸᴸ
@official_amell77

Balas kepada @miszoktober xduduk tempat aku then xkene ape aku dh terkena , better tutup mulut tu ☺️ #pelakonveteranmelayu #makwanlatah #playvictim😈

♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ – ᴬᴹᴱᴸᴸ

“Fitnah saya baca skrip tu” – Mak Wan

Melihat di ruangan komen pada akaun Instagram (IG) rasmi milik Mak Wan, seorang pengguna IG tampil bertanya mengenai isu terbabit.

Tanpa memberi sebarang komen yang panjang, pelakon veteran itu hanya memberi tahu bahawa itu adalah fitnah dan dia sebenarnya sedang membaca skrip.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.