fbpx
Now Reading
“Munafik Korang Ni” – Sajat Sindir Pembeli Kek Tapak Kuda Yang Guna Produk Diboikot [Video]

“Munafik Korang Ni” – Sajat Sindir Pembeli Kek Tapak Kuda Yang Guna Produk Diboikot [Video]

Selain itu, Sajat turut menyifatkan makanan yang sedang viral itu sebagai tidak sihat kerana boleh menyebabkan kencing manis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Influencer Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarulzaman baru-baru ini tular di media sosial selepas dia meluahkan perasaannya terhadap para pembeli kuih viral, kek tapak kuda.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @jen.rjane, luahan Sajat itu dipercayai dilakukan semasa dia sedang bersiaran langsung (live) bersama para pengikutnya di aplikasi terbabit.

Sajat tak teringin nak buat dan makan kek tapak kuda

Dalam video tersebut, Sajat yang kini menetap di Australia menjelaskan dia tidak mempunyai keinginan untuk membuat kek tapak kuda seperti yang disarankan oleh salah seorang pengikutnya.

“Aku tak teringin nak makan kek tapak kuda, aku teringin nak makan kuih koci, lepat pisang, dan kuih-kuih Melayu sebab kalau macam kuih kek tapak kuda dekat sini berlambak.

“Kalau kuih Melayu yang korang suruh buat, ya aku sanggup keluar (rumah) cari bahan,” katanya.

Ada bahan boikot dalam kek tapak kuda, sajat gelar para pembeli sebagai munafik

Sajat turut menyifatkan para pembeli kek tapak kuda sebagai seseorang yang munafik kerana membeli kuih yang menggunakan bahan yang sedang diboikot.

Selain itu, Sajat turut menyifatkan makanan yang sedang viral itu sebagai tidak sihat kerana boleh menyebabkan kencing manis.

“Munafik korang ni, kata tak nak support tapi beli. Kata konon dah terbeli, pembohong sahaja hidup.

“Jangan kata kalau dah terbeli takpa, kau memang baru beli kan benda tu (kek tapak kuda). Memang jijik aku dibuatnya, mak (Sajat) jijik dengan korang,” katanya lagi.

Sajat anak perantau, lebih teringin makan dan masak makanan-makanan Melayu

Sebagai seorang perantau, dia kini lebih teringin untuk memasak dan memakan makanan-makanan Melayu dan bukannya makanan viral di media sosial.

Jelas Sajat, kita sepatutnya lebih mempertengahkan makanan-makanan di Malaysia agar lebih diingati para generasi muda.

“Makanan kita jangan dilupakan, takut nanti generasi muda akan melupakan masakan kita. Nanti tunjuk itu tunjuk ini semua tak tahu,” ujarnya.

“Korang nak makan tapak kuda korang makan lah, aku memang tak ingin nak makan. Saya anak perantau, saya lebih suka nak makan makanan-makanan Melayu.

“Tak payah lah korang ajar aku buat kek tapak kuda tu. Tak nak! Aku tak nak buat kek tapak kuda,” ujarnya.

Netizen setuju dengan pendapat Sajat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Sajat.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga meluahkan perasaan yang sama dengan mengatakan tidak pernah mempunyai keinginan untuk mencuba kuih viral tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.