fbpx
Now Reading
“Bapa Aku Buat Sungai Ni” – Tular Lelaki Berang Tak Beri Orang Lain Memancing Raih Perhatian Ramai [Video]

“Bapa Aku Buat Sungai Ni” – Tular Lelaki Berang Tak Beri Orang Lain Memancing Raih Perhatian Ramai [Video]

Tidak hanya itu, individu terbabit turut mengugut ingin membakar kereta kepunyaan lelaki tersebut sekiranya dia masih berkeras ingin memancing di kawasan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, sungai dan laut di Malaysia menjadi salah satu punca rezeki utama buat para nelayan.

Bahkan kaki pancing juga menjadikan kawasan-kawasan tersebut sebagai tempat melakukan hobi kegemaran mereka.

Tular video individu berang lelaki memancing di kawasan sungai

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang individu berang dengan seorang lelaki yang memancing di sebuah kawasan sungai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @azrolsaad, kelihatan seorang lelaki sedang memancing ikan di atas sebuah bot di sungai terbabit.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang individu menghampirinya dan terus memarahinya kerana memancing di kawasan sungai itu.

“Aku dah bagitahu kau banyak kali, kau masuk aku punya kampung kenapa,” katanya.

Tidak hanya itu, individu terbabit turut mengugut ingin membakar kereta kepunyaan lelaki tersebut sekiranya dia masih berkeras ingin memancing di kawasan berkenaan.

Individu dakwa kampung dan sungai dibuat oleh bapanya, ketika zaman Tok Bangau

Lebih mengejutkan, individu itu turut mendakwa kampung dan kawasan sungai yang dijadikan sebagai tempat memancing lelaki terbabit merupakan kepunyaan ayahnya.

“Aku dengan budak-budak aku kalau jumpa kereta kau memang aku bakar, terus terang aku cakap.

“Sekarang kampung ini bapa aku yang buat sungai ini, dari zaman ‘Tok Bangau’, kau kenal tak siapa Tok Bangau,” katanya lagi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sungai di Johor yang berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.

@azrolsaad

Kenapa perlu bergaduh sungai bukan kita punya rezeki pun masing2 punya rezeki

♬ original sound – Azrol Saad – Azrol Saad

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang tidak setuju dengan tindakan individu terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.

Malah ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan individu terbabit dengan mendakwa kawasan sungai itu sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh semua orang dan tidak terhad untuk sesetengah pihak sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.