fbpx
Now Reading
Ada Persoal Kenapa Dapat Ford Ranger Walhal Dah Kaya, Ini Respon Achey – “Kenderaan Lain Sudah Jual” [Video]

Ada Persoal Kenapa Dapat Ford Ranger Walhal Dah Kaya, Ini Respon Achey – “Kenderaan Lain Sudah Jual” [Video]

Menurut Achey, cerita yang dikongsikan itu bukanlah dengan niat untuk mengungkit, sebaliknya hanya memperjelaskan tentang apa yang berlaku kepada individu tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah, ini kerana ada sahaja perkara yang mungkin akan dipersoal atau dikritik oleh sesetengah netizen yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.

Seperti baru-baru ini, pelawak terkenal Achey juga tidak terlepas daripada menerima kritikan segelintir netizen selepas tular di media sosial video dirinya menerima hadiah sebuah kereta Ford Ranger daripada seorang usahawan kerana mempromosikan produk milik syarikatnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bantu Promosi Produk Usahawan, Achey Terima Hadiah Ford Ranger

Netizen persoal kenapa Achey terima hadiah kereta sedangkan sudah kaya

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@achey_kintangkintung), Achey membalas dan menjawab komen yang diberikan seorang individu yang mendakwa pelawak kumpulan Bocey itu sudah kaya.

“Achey dah kaya, pakai Audi, buat apa pakai banyak kereta? Kita ini B40 kais pagi kais petang,” tulis komen tersebut.

Komen diberikan saat dia sudah miliki kejayaan yang dikatakan itu

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, komen individu tersebut diberikan semasa dia sudahpun mencapai kejayaan seperti apa yang diperkatakan lelaki tersebut.

Katanya, bagaimanapun individu terbabit tidak melihat dan tidak mengetahui saat-saat susah yang dilalui bekas juara Maharaja Lawak Mega itu semasa awal penglibatannya dalam bidang seni.

Kebanyakan kenderaan yang dimiliki Achey sudah dijual

Berkongsi lanjut, Achey menjelaskan bahawa kebanyakan kereta yang dimilikinya termasuk Audi TT telahpun dijual untuk menampung kos rawatan arwah ayahnya, arwah ibunya dan arwah bapa mentuanya.

“Komen awak ini hadir semasa saya telahpun mencapai apa yang awak cakap ini. Audi awak cakap itu dah jual dah, kenderaan-kenderaan yang banyak dah jual dah semasa nak buat berubat arwah bapa mentua, arwah bapa dan paling perit sekali untuk perubatan arwah mak saya,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Demi Tampung Kos Rawatan Ibu, Achey Sanggup Jual Motosikal Kesayangan

Achey bukan nak ungkit, cuma cerita kepada netizen apa yang dilalui

Menurutnya lagi, cerita yang dikongsikan itu bukanlah dengan niat untuk mengungkit, sebaliknya hanya memperjelaskan tentang apa yang berlaku kepada individu tersebut.

“Sebab itu saya cakap, awak hadir di saat saya sudah mencapai semua itu, tapi awak tak ada, awak tak hadir dan awak tak nampak apa yang saya lalui untuk mencapai apa yang awak cakap ini,” katanya lagi.

Di akhir video, Achey turut berkongsi beberapa gambar sekitar tahun 2013 yang lalu semasa dia baru sahaja bergelar seorang artis.

@achey_kintangkintung

Yea mmg di biarkan komen sebegini… tapi bila di biar terasa semakin tidak terdidik… mudah melihat masa kini seseorang tapi tidak mahu mengkaji masa lalu mereka… terima kasih Allah… @Haziqsamsul @Faris Azri Choii @YARA PRODUCT @Anne_achey21✅

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Achey hanya naik kapcai ketika awal bergelar artis

Dalam foto yang dikongsikan itu, dapat dilihat Achey hanya menaiki motosikal jenis kapcai seperti Modenas Kriss, Suzuki RGV dan Honda Cup.

Tidak hanya itu, Achey turut berkongsi video saat dia melakukan jualan gula-gula secara siaran langsung (live) di aplikasi TikTok untuk mencari rezeki yang lebih.

Baca Artikel Berkaitan: Achey Beli Van Jenazah Hasil Keuntungan Jual Gula ‘Tiara Candy’ Cetusan Anaknya Di TikTok [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.