Siti Nurhaliza Syukur Berjaya Buka Sekolah Untuk Anak Gaza di Palestin

Bercakap sahaja tentang susuk tubuh ini pasti anda akan terngiang-giang suara lunaknya ketika mengalunkan lagu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur selepas berjaya membuka sebuah sekolah buat anak Gaza di Palestin.

Memetik laporan Kosmo,

penyanyi itu memaklumkan telah menamakan sekolah itu dengan nama anak-anaknya iaitu Afwa & Afiyah.

Difahamkan sekolah ini lebih memberi fokus kepada pendidikan peringkat awal di dalam bidang al-Quran serta akademik termasuklah pembelajaran berkenaan adab serta akhlak.

Bersyukur dapat buka sekolah di Gaza

“Alhamdulillah, saya dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa bersyukur apabila dapat membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Gaza yang telah beroperasi sejak setahun lalu di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Setakat ini terdapat kira-kira 50 orang murid terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia empat tahun,” beritahunya kepada Kosmo.

Sekolah diurus oleh wakil khas di Gaza

Jelas penyanyi yang sering disapa TokTi itu, sekolah tersebut ditempatkan di sebuah bangunan yang disewakan serta ditadbir urus oleh seorang wakil khas di tempat berkenaan.

“Pihak yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar dan murid-murid termasuk menguruskan kemudahan makanan yang diberi sewaktu persekolahan.

“Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal selain belajar dalam bangunan sekolah yang lebih selesa,” jelas Siti Nurhaliza.

Salur sumbangan RM10,000 setiap bulan menerusi Yayasan Nurjiwa

Dia turut memaklumkan bahawa melalui Yayasan Nurjiwa, setiap bulan pihaknya akan menghulurkan sumbangan minimum bernilai RM10,000 serta bantuan-bantuan lain merangkumi barangan keperluan sekolah serta makanan.

Giat jalankan kerja-kerja amal sejak 16 tahun lalu

“Sejak ditubuhkan sekitar 16 tahun lalu (2006), Yayasan Nurjiwa giat menjalankan kerja-kerja amal seiring dengan objektif penubuhan sebagai sebuah badan kemanusiaan.

“Terbaharu, pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program antaranya dengan mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama Kita Fund,” jelasnya.

Bakal adakan persembahan amal pada 5 & 6 November

Dalam pada itu, penyanyi tersohor itu akan melakukan sebuah persembahan amal selama dua hari iaitu pada 5 serta 6 November ini bertempat di Dewan Plenary, KLCC yang akan menampilkan Datuk Awie sebagai artis undangan.

Siti dalam masa sama berharap agar persembahan yang akan dilakukan ini dapat mencapai sasaranya agar lebih banyak lagi misi bantuan boleh dijalankan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

14 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

14 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

14 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

16 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

17 hours ago