Hukuman Penjara Suri Rumah Curi Milo Diketepikan, Mahkamah Arah Kes Disebut Semula

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam (19 Julai) mengetepikan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang suri rumah atas kesalahan mencuri dua peket Milo di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas memanggil pasukan pendakwaan dan pembelaan bagi menyemak kehakiman yang dijatuhkan kepada tertuduh pada 5 Julai lalu.

Beliau sewaktu membuat keputusan turut mengarahkan kes disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama.

Baca artikel berkaitan : Ibu Empat Anak Dipenjara 14 Bulan Kerana Curi Dua Paket Milo

Terdapat kecacatan dalam prosiding kes

Peguam, Datuk Naran Singh yang mewakili tertuduh mendedahkan pihaknya mendapati ada kecacatan di dalam prosiding kes itu sebelum ini.

“Pertama, kesalahan lampau yang dikemukakan adalah tidak sah dari segi undang-undang dan kedua, ada ekshibit mereka (pihak pendakwaan) kemukakan tidak seharusnya dikemukakan.”

Peguam tertuduh, Datuk Naran Singh

Tertuduh mengaku tidak bersalah

Sementara itu, tertuduh,Suhaini Mohd, 43, sewaktu sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang membuat pengakuan tidak bersalah.

Dia membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin.

Hukuman penjara berkaitan dadah turut ditangguh

Selain hukuman mencuri milo diketepikan, mahkamah turut menangguhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap tertuduh berhubung dua kes dadah.

Terdahulu, Ibu empat anak itu dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang, Terengganu atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di daerah sama.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago