Baru Umum Nak Jual Akaun IG RM500k, Aliff Syukri Sudah ‘Upload’ Video Menari Dengan Batang Mop [Video]

Baru-baru ini usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengejutkan orang ramai apabila dia membuat pengumuman mahu mengundurkan diri dari media sosial.

Dia yang tampil menerusi satu video di Instagram menangis teresak-esak dan memohon maaf kepada orang ramai sekaligus mahu mengundurkan diri dari media sosial.

Dia kemudiannya bertindak memadam semua foto dan video di akaun Instagram hingga menyebabkan akaun yang memiliki 4.3 juta pengikut itu rompong dan kosong.

Umum nak jual akaun IG RM500,00

Namun siapa sangka, Aliff pagi ini mencuri perhatian orang ramai apabila tampil menerusi satu muat naik di Instagram mengumumkan mahu menjual akaun berkenaan dengan harga RM500,000.

“Siapa yang nak beli akaun IG ni, saya nak jual RM500,000. Berminat sila DM saya,” tulis Aliff sambil menyertakan emoji menangis.

Perkongsian ini membuatkan orang ramai mula menyangkakan dia benar-benar serius mahu mengundurkan diri dari Instagram.

Tak sampai 6 jam, muat naik video menari dengan batang mop

Siapa sangka, tidak sampai enam jam membuat kenyataan tersebut, Aliff dilihat membuat pusingan-U sekali lagi apabila membuat naik video memperlihatkan dia sedang menari dengan sebatang mop.

Menerusi kenyataan pada hantaran tersebut, video itu difahamkan dimuat naik sebagai teaser peringatan kepada orang ramai tentang pelancaran video muzik (MV) bagi lagu baharunya yang dijadualkan pada esok hari.

“Ok kalau mcm ni ok tak?? Nantikan esok 12 tengah MV penuh ya,” tulis Aliff di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon dari netizen. Ada yang dilihat gembira dengan kemunculan semula usahawan kontroversi itu dan ada juga yang mengkritik dan menyifatkannya tangisan dan rajuknya sebelum ini hanyalah satu sandiwara sahaja.

Recent Posts

  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

9 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

38 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

19 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

19 hours ago