“Good Content” – Orang Ramai Puji Akaun TikTok Pusat Gimnasium Sebarkan Semangat Positif [Video]

Setiap orang sudah pasti mahu memiliki tubuh yang sihat dan berat badan yang ideal agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan bebas daripada penyakit yang berbahaya.

Apabila sudah memasang niat untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang lebih baik ada di antaranya yang mula mendaftar di pusat gimnasium untuk menikmati fasiliti yang ada di sana selain mahukan tenaga pengajar yang menunjukkan cara senaman yang betul.

Namun, sebelum hendak memulakannya pasti ada segelintir yang berasa malu dan rasa rendah diri dengan tubuh sendiri sehingga ada yang melupakan niat asal mereka yang mahukan badan yang sihat.

Kongsi video yang menyuntik semangat positif

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh The RevoGym di TikTok mendapat pujian ramai apabila pusat gimnasium ini menampilkan konten yang penuh dengan semangat positif.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang berkunjung ke pusat gimnasium tersebut mempunyai satu perspektif yang negatif terhadap dirinya sendiri tatkala melihat pengunjung lain yang berada di situ.

Pandangan sebaliknya adalah mereka yang melihat turut bersemangat dan mendoakan yang baik-baik

Namun, apa yang sebaliknya adalah mereka yang melihat dirinya itu sebenarnya kagum dengan semangat yang dimiliki olehnya untuk berusaha mendapatkan badan yang diidamkan secara sihat.

Malah, ada juga yang turut menjadikan lelaki tersebut sebagai inspirasi untuk terus bersemangat sepertinya dan turut mendoakan lelaki tersebut agar berjaya mengejar impiannya.

“Mesti abang tu tengah gelakkan aku. Mesti adik tu fikir apalah orang macam aku buat dekat gim.

“Menyesal datang gim. Malunya dengan orang-orang dekat sini. Garangnya abang ni.. aku ada buat silap ke?

“Tak kisahlah apa orang nak kata, aku buat ni untuk diri aku sendiri,” kata lelaki tersebut di dalam hatinya.

Sering berlaku terutama kepada yang baru sahaja berjinak-jinak

Tidak dinafikan perkara sebegini sebenarnya sering kali terjadi kepada mereka yang dalam baru sahaja menjinakkan diri untuk pergi ke gim.

Tetapi sebenarnya mereka yang berada di gim sangat terbuka dan mahu membantu golongan yang baru ini untuk memberi nasihat serta bimbingan untuk melakukan atau menggunakan sesuatu peralatan tersebut.

Malah, selain video tersebut akaun ini juga banyak menyebarkan kesedaran tentang perkara lain serta menegur kesilapan yang dilakukan apabila melakukan aktiviti senaman.

Video tersebut turut dipersetujui oleh orang ramai, apabila mereka juga menyatakan apa yang dikongsikan oleh pusat gimnasium tersebut adalah satu suntikan semangat yang positif.

“Konten yang bagus”

“Inilah yang dikatakan semangat positif”

“Teruskan konten ni abang”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago