“Suami Saya Ada Datuk” – Fouziah Gous Akhirnya Buka Mulut

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai perkongsian seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad yang mendakwa terdapat beberapa suami selebriti tempatan yang menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu.

Menurut Aliff, gelaran individu-individu berkenaan disifatkan palsu selepas dia mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Antara individu yang terpalit dengan kontoversi tersebut adalah suami kepada pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous iaitu Datuk Zhafran Md Yusof.

Tiada keperluan untuk buktikan

Terbaharu, Fouziah yang ditemui Harian Metro menjelaskan tidak ada keperluan untuk Zhafran membuktikan gelaran Datuk yang dimiliknya.

Ini kerana beliau sememangnya mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima dari Istana Pahang pada 2016 sebelum menghadiri pertabalan pada hujung 2017.

“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.

“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah.

“Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu tapi nama mereka tiada dalam sistem,” kata Fouziah.

Mahu orang ramai semak dengan pihak bertanggungjawab

Malah dia turut meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya itu agar menyemak perkara berkenaan dengan pihak bertanggungjawab.

Jelasnya, jika gelaran Datuk itu palsu, tidak mungkin ia boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

“Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh?

“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?

“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit. Ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Saya takut nak cakap lebih,” katanya.

Selain Zhafran, dua lagi invididu yang terpalit adalah sahabatnya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang juga suami kepada Datin Seri Heliza Helmi dan juga suami Datin Paduka Eina Azman iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

10 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

12 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

16 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

16 hours ago