Nad Zainal Kini Dipantau 4 Doktor, Bapa Maklum Pendarahan Di Paru-Paru Semakin Berkurangan

Baru-baru ini, industri seni dikejutkan dengan berita pelakon terkenal, Nad Zainal yang kritikal disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

Aktress berbakat besar itu telah ditidurkan selama dua hari akibat di jangkitan paru-paru selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital pakar di ibu negara.

Baca artikel berkaitan: Nad Zainal Ditidurkan, Alami Paru-Paru Berdarah

Bapa harap agar keadaan positif berterusan

Terbaharu, bapa kepada aktress berkenaan, Zainal Abidin memaklumkan bahawa pendarahan dalam paru-paru anak tunggalnya itu semakin berkurangan dan berharap agar keadaan positif itu berterusan.

“Alhamdulillah pendarahan paru-parunya (Nad Zainal) semakin berkurangan.

“Dua hari lepas memang keadaanya teruk termasuk dengan pendarahan pada paru-paru namun hari ini dia menunjukkan perkembangan positif.

“Harap keadaan positif itu berterusan cuma ketika ini dia masih berlawan dengan ubat,” jelas bapanya itu kepada Kosmo.

Dia dalam masa sama turut menyatakan bahawa anaknya itu masih mendapat pemantauan rapi dan berharap pelakon tersebut kuat.

Zainal turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan anaknya.

Disyaki mengalami autoimun

Sebelum ini, Nad Zainal yang masih dirawat di ICU disyaki mengalami autoimun, satu keadaan di mana sistem imun yang menyerang ke bahagian sel atau tisu sendiri.

Memetik laporan Berita Harian, pelakon yang juga sahabat Nad, Ungku Ismail Abdul Aziz memaklumkan bahawa doktor setakat ini belum lagi mengetahui punca pendarahan yang berlaku pada paru-paru pelakon wanita itu.

Dipantau oleh 4 doktor, tak pasti punca pendarahan

Nad kini turut dipantau oleh empat orang doktor selain diberikan dos steroid yang tinggi dalam rawatan.

“Doktor memaklumkan mereka belum mengenal pasti punca mengakibatkan pendarahan berterusan dalam paru-paru Nad. Sehingga kini, pendarahan terus berlaku.

“Jadi, doktor sedang berusaha mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru. Bermacam-macam ubat sudah diberi termasuk antibiotik.

“Namun, tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami Nad,” jelas pelakon itu.

Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengenal pasti adakah jangkitan tersebut disebabkan kencing tikus atau bakteria lain kerana Nad tidak mempunyai simptom yang berkaitan.

Selain Ungku Aziz rakan-rakan industri lain turut melawat pelakon berkenaan seperti Shahrulezad, Sharifah Amani, Nabila Huda, Nadiah Aqilah, Sherry Alhadad, Alif Aziz, Bella Astilah serta ramai lagi.

Bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin turut hadir bersama dengan dua cahaya mata mereka iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago