Nad Zainal Ditidurkan, Alami Paru-Paru Berdarah
Menurut Aina yang juga teman baik aktres itu ditidurkan selama dua hari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja nama pelakon terkenal, Nad Zainal ini pasti anda sudah terbayang lakonannya di dalam telemovie, drama dan sebagainya.
Malah, pelakon berbakat besar ini juga sering tampil dengan membawa pelbagai watak yang hebat untuk disajikan kepada para penonton.
Nad Zainal sedang dirawat di ICU kerana jangkitan kuman di paru-paru
Namun semalam media melaporkan, Nad Zainal dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baiknya, Aina Liza yang juga pengurus kepada pengacara terkenal, Sherry Alhadad dengan menyatakan bahawa pelakon itu disyaki mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Ditidurkan selama 2 hari
Terbaharu, Nad difahamkan telah ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU.
Menurut rakan baiknya Aina Liza kepada Kosmo, dia baharu sahaja mendapat lampu hijau untuk berkongsi berita itu.
“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering. Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okay.”
Tak sedap badan sejak beberapa hari lalu
Menurut rakan baiknya itu, Nad sebelum ini turut memaklumkan bahawa dia tidak sedap badan sejak beberapa hari lepas tetapi membiarkannya berlarutan sehingga Isnin (20 November).
“Dia ingatkan boleh sembuh sendiri tapi tunggu punya tunggu, keadaannya semakin memburuk. Sampai tak boleh bangun. Itu yang kena masuk hospital.
“Saya minta orang ramai mendoakan agar Nanad diberikan kesembuhan secepat mungkin. Insya-Allah,” ujar Aina lagi.
Sebelum ini, Aina turut memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di dalam IGStory yang meminta orang ramai untuk mendoakan pelakon terkena itu agar diberikan kesembuhan.
Selain Aina, pelakon Ungku Ismail menerusi hantaran di IGStory miliknya turut memaklumkan hal yang sama berhubung keadaan Nad Zainal.