fbpx
Now Reading
Zul Ariffin Enggan Lakonkan Babak Berpelukan & Adegan Panas

Zul Ariffin Enggan Lakonkan Babak Berpelukan & Adegan Panas

Menurut produser Zeel Production, Zul enggan melakukan watak yang memerlukannya untuk berpelukan dengan bukan mahram serta memohon maaf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon lelaki terkenal, Zul Ariffin baru-baru ini memaklumkan bahawa dia enggan menerima sebarang tawaran yang memerlukannya untuk melakukan adegan berpelukan dengan wanita bukan mahram dan adegan seksi.

Perkara itu dimaklumkan Zul kepada produser Zeel Production iaitu Fadzil Teh selepas dia berbual dengan pelakon berkenaan untuk menawarkan sebuah watak kepadanya.

Zul mohon maaf tak nak terlibat dalam lakonan yang tak senonoh

Malah zul turut memohon maaf kerana dia enggan terlibat dengan cerita sedemikian.

“Beberapa hari lalu saya bersembang dengan pelakon Zul, tawarkan dia watak untuk drama bersiri baru.

“Kata Zul dia masih berlakon tetapi tidak mahu watak seksi atau berpelukan. Saya beritahu untuk dia terima watak ini kerana tiada babak ‘gomol’ perempuan.

“Dia minta maaf kerana tidak mahu lagi terlibat dalam cerita sebegitu,” ujar produser itu, lapor mStar.

Dipercayai keputusan dibuat selepas pulang tunaikan haji

Perkara itu dilakukan oleh Zul dipercayai selepas pelakon itu menjalankan ibadah haji pada Jun lalu.

Menghormati keputusan yang ditetapkan oleh pelakon tersebut Fadzil kemudian bersetuju dengan terma yang diberikan Zul selain turut meminta pihak stesen televisyen untuk membuang babak-babak yang keterlaluan serta tidak perlu.

“Saya terus hubungi orang kuat TV, maklumkan kami buang babak yang agak seksi. Mereka setuju,” katanya.

Tindakan Zul beri peringatan kepada Fadzil

Dalam pada itu, produser terkenal itu turut mengatakan apa yang dilakukan oleh Zul secara tidak langsung memberikan peringatan kepadanya untuk tidak menerbitkan drama yang mempunyai unsur tidak baik atau keterlaluan.

“Saya terfikir dan malu pada diri sendiri. Saya pernah berjanji tak mahu terbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya.

“Tapi saya sendiri lalai dan lemah dalam dunia glamour ini. Terima Kasih Haji Zul Ariffin,” jelasnya lagi.

Pada 10 Jun lalu, Zul telah pergi menunaikan haji untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.