fbpx

Dua Lelaki Warga Emas Di Indonesia Kantoi Berasmara Dalam Beca [Video]

Menerusi video tular, kelihatan awalnya seorang lelaki telah mendekati beca tersebut sambil membawa kayu sebelum dua warga emas itu menyedari kehadiran mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial di Indonesia memaparkan dua lelaki warga emas yang kantoi sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah beca.

Malah apa yang lebih mengejutkan orang ramai, kedua lelaki yang dipercayai melakukan hubungan sejenis itu turut dijumpai dalam keadaan tidak berbaju.

Warga emas kantoi buat kelakuan tak senonoh depan rumah penduduk

Memetik laporan Tribunnews, kedua warga emas itu difahamkan melakukan perbuatan songsang itu di hadapan sebuah rumah penduduk.

Perkara ini secara tidak langsung turut membuatkan penduduk di kawasan berdekat berang dengan perbuatan dua lelaki berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Sei Deli, Bandaraya Medan di Indonesia.

Rakaman memaparkan tindakan dua warga emas turut menjadi sohor di media sosial

Perbuatan dua lelaki itu turut dirakam dan ia kemudiannya menjadi tular serta dikongsikan di Instagram @medsoszone.

“Viral, seorang lelaki tua ditangkap penduduk bermesra di dalam beca di Jalan Sei Deli, Bandaraya Medan,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi rakaman pendek itu seorang lelaki yang memakai kemeja hitam dilihat sedang berjalan di Jalan Sei Deli dengan membawa kayu sambil mendekati beca berdekatan sebuah bangunan terbiar.

Lelaki itu kelihatan marah dan menghalakan kayu ke arah beca tersebut sambil menjerit kepada warga emas berkenaan.

Seorang daripada warga emas berkenaan kemudian keluar dari beca tersebut dalam keadaan tidak berbaju sebelum diikuti oleh seorang lagi rakannya.

Mereka kemudian dilihat terkejut apabila diserbu, sebelum segera memakai semula pakaian kerana ketakutan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.