fbpx

Pelakon Utama ‘Parasite’ Lee Sun Kyun Meninggal Dunia, Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

Menurut pihak polis pelakon terkenal filem Parasite, Lee Sun Kyun ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta di kawasan parkir di tengah kota Seoul.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon utama filem Parasite, Lee Sun-Kyun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta pada jam 10.30 pagi, 27 Disember.

Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan kecemasan Korea Selatan, selepas pelakon terkenal itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kawasan tempat letak kereta yang tidak dinyatakan di Seoul.

Keluarga buat laporan polis lepas terima nota daripada Lee

Sebelum ini media Korea Selatan termasuk agensi berita Yonhap melaporkan pihak polis sedang mencarinya apabila terdapat ahli keluarga Lee memaklumkan dia keluar dari rumah selepas meningalkan nota yang memberi bayangan seperti ingin membunuh diri.

Memetik AP, tidak lama kemudiannya laman agensi Yonhap memaklumkan seorang lelaki telah ditemukan di Seoul Park sebelum polis mengesahkan ia adalah Lee.

Selain itu, ketulan arang batu turut ditemukan di bahagian tempat duduk penumpang kenderaan tersebut.

Sedang disiasat dengan kes dadah

Memetik laporan Korean Times, terdahulu Lee telah disoal siasat oleh pihak polis sebanyak tiga kali selepas dia disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ganja di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di Gangnam, Seoul.

Lee mendakwa dia telah ditipu oleh pihak tuan rumah untuk mengambil dadah dan dia tidak mengetahui apa yang diambilnya.

Hasil ujian reagen dan makmal adalah negatif

Lee bagaimanapun disahkan negatif menerusi kedua-dua ujian reagen dan ujian dadah berasaskan makmal yang dilakukan polis serta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan pada bulan lalu.

Malah dia baru-baru ini, telah memohon kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon untuk menjalani ujian pengesanan pembohongan (poligraf).

Untuk maklumkan Lee merupakan pelakon terkenal di Korea Selatan selama beberapa dekad sebelum lebih dikenali secara global menerusi filem ‘Parasite’.

Selain filem ‘Parasite’ dia juga turut berlakon dalam beberapa drama seperti Coffee Prince, Pasta, My Mister dan juga Behind The White Tower.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.