fbpx
Now Reading
Gara-Gara Berebut Harta, Warga Emas Dipercayai Bunuh Pasangan Suami Isteri

Gara-Gara Berebut Harta, Warga Emas Dipercayai Bunuh Pasangan Suami Isteri

Pasangan suami isteri itu dilaporkan maut kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan juga muka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki warga emas menggunakan sabit sawit selepas disyaki bergaduh kerana harta di kebun sawit Kampung Cina, Pantai Remis, Perak pada petang 5 Mac.

Warga emas yang berusia 61 tahun itu merupakan bapa saudara kepada mangsa lelaki terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah pasangan suami isteri yang maut itu berusia 74 tahun dan maut kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta muka.

Pergaduhan sehingga menyebabkan maut disyaki berpunca dari perebutan harta antara suspek dan mangsa

Laporan mengenai insiden tersebut diterima pihaknya pada jam 3.30 petang hari sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta yang menyebabkan berlakunya pergaduhan antara suspek berusia 61 tahun dengan kedua-dua mangsa.

“Mayat mangsa ditemui di dalam kawasan kebun sawit dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Susulan itu polis menahan suspek dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majisterit Seri Manjung hari ini (6 Mac) untuk permohonan reman untuk siasatan lanjut,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai informasi berhubung insiden itu untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012 508 7026 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.